Isteri Mawi, Ekin memuat naik sebuah tangkap layar yang memaparkan beberapa portal tidak bertanggungjawab yang mendakwa rumah tangga mereka sedang bermasalah.
Antara tajuk-tajuk berita yang mendakwa rumah tangga pasangan ini berantakan, “
Sudah tak tahan….menangis meragam semua 15 tahun berkahwin, Ekin dedah status rumah tangga”
“Saya dah tak sanggup lagi” Setelah 15 tahun berkahwin, Ekin dedah status rumah tangga dengan Mawi. Tak sangka ini yang Mawi buat”
Tidak berdiam diri, Ekin tampil memberi reaksi terhadap dakwaan-dakwaan jahat tersebut.
Lihat siaran ini di Instagram
Malah, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit.
“Apa yang seronok dapat fitnah orang ek? Pelik betul dunia akhir zaman!
“Its too much! Selidik lah dulu sebelum nak kejar glamour! Kang tak fasal-fasal kena saman!,” tulis Ekin di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata peminat ikut marah dan dalam masa yang sama ramai turut mendoakan rumah tangga Mawi dan Ekin sentiasa dilindungi.
Untuk info, Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 11 tahun.
BACA: Matahari bertukar warna biru di Britain akhirnya terjawab