Rumah sewa RM124 sebulan, mohon sekarang

Rumah sewa RM124 sebulan, mohon sekarang. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah sediakan satu inisiatif program iaitu dikenali sebagai Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau dipanggil Rumah IKRAM KPKT yang bertujuan untuk membantu mereka yang tidak ada tempat kediaman atau tempat berteduh akibat Pandemik Covid-19.

Umum mengetahui, ramai antara masyarakat Malaysia lebih lebih lagi golongan B40 terkesan dengan pandemic Covid-19 disebabkan oleh kehilangan pendapatan / kurang pendapatan dan kehilangan jawatan dan mengakibatkan situasi terpaksa keluar dari rumah sewa berlaku kerana tak mampu membayar sewa rumah.

Jika anda tergolongan dalam dikalangan masyarakat tidak bernasib baik, sila mohon Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) yang disediakan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini.

Ciri-Ciri Rumah PPR

1. Bagi rumah yang terletak di Kawasan bandar besar, jenis rumah adalah bertingkat antara 5 hingga ke 18 tingkat.

Rumah sewa RM124 sebulan, mohon sekarang

2. Rumah yang terletak di Kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres.

3. Keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.

4. Struktur binaan rumah adalah terdiri daripada 3 bilik tidur , 1 ruang tamu ,1 ruang dapur dan 2 bilik air

5. Kemudahan asas termasuklah:

· Dewan komuniti/ruang orang ramai

· Surau/ruang solat

· Gerai makan/ruang niaga

· Tadika

· Kemudahan OKU

· Taman permainan/Kawasan lapang

· Rumah Sampah

*Kadar sewaan minimum adalah RM124 Sebulan

Senarai PPR Yang Terlibat

Sebanyak 1,000 unit yang ditawarkan melalui inisiatif ini. Berikut adalah senarai rumah PPR yang boleh didapati di bawah Rumah IKRAM KPKT ini:

· PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur

· PPR Lembah Subang 2, Selangor

· PPR Amanjaya, Kedah

· PPR kota Setar, Kedah

· PPR Sinar Intan 3, Kedah

· PPR Kota Bharu, Kelantan

· PPR Gua Musang, Kelantan

· PPR Sg. Melana 2 Johor

Apakah Syarat-Syarat Permohonan Rumah IKRAM KPKT

1. Pemohon serta pasangan mestilah warganegara Malaysia

2. Permohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas

3. Pemohon adalah mereka yang tidak memiliki rumah / rumah sedia ada telah dilelong / tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah / seumpamanya

4. Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM3,000 sebulan

Bagaimana Cara Permohonan?

Untuk membuat permohonan Rumah IKRAM KPKT, permohonan boleh dibuat di laman web rasmi TEDUH di pautan berikut:

https://teduh.kpkt.gov.my/

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang persoalan atau kemusykilan mengenai projek perumahan di bawah TEDUH ini, anda boleh terus hubungi pihak TEDUH di laman web rasmi TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/contact

BACA:

Doktor kongsi pengalaman, dulu tak percaya suplemen, sekarang jadi amalan

Mohon sekarang! Jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

Ini sebenarnya cara pam tayar yang betul, ramai sering buat silap