Rugi RM6 juta setahun, KTMB hentikan Ekspress Wau Tumpat ke KL

Rugi RM6 juta setahun, KTMB hentikan Ekspress Wau Tumpat ke KL

Rugi RM6 juta setahun, KTMB hentikan Ekspress Wau Tumpat ke KL. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak dapat meneruskan perkhidmatan kereta api Ekspres Wau dari Tumpat ke Kuala Lumpur berikutan berdepan kerugian RM6 juta setiap tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor berkata, ia berikutan pihak KTMB menanggung kos operasi yang tinggi.

“Untuk makluman, KTMB tidak dapat meneruskan perkhidmatan disebabkan menanggung kos operasi yang tinggi dan berdepan dengan kerugian RM6 juta setiap tahun.

“Selain itu, laluan ekpres wau juga tidak begitu sesuai ketika ini disebabkan KTMB ada menyediakan tren lain yang boleh menghubungkan ke Pantai Timur melalui Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Gemas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Amran Arifin (BN-Paloh) pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, hari ini.

Rugi RM6 juta setahun, KTMB hentikan Ekspress Wau Tumpat ke KL

Dalam perkembangan lain, Azami berkata, kerajaan bercadang menaik taraf jalan utama Kuala Terengganu-Kelantan daripada dua kepada empat lorong dua hala bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya berkenaan.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan akan menghantar permohonan kepada Kementerian Kerja Raya melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang mana ia turut bergantung kepada keupayaan kewangan negara.

“Sehingga kini, jalan ini dinaik taraf bermula daripada Pasir Tumboh ke pekan Melor, manakala dari pekan Melor sehingga ke Pak Badol pula masih dalam pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Rodzi Jaafar (PAS-Gaal) berkaitan kerjasama kerajaan negeri dan Persekutuan dalam menambah baik dan melebarkan jalan.

BACA:

Berpeluk dengan Intan Najuwa, Aliff Aziz akhirnya bersuara

“Mahu bantu emak bayar sewa bilik”, jawapan anak kecil jual keropok ini buat ramai menangis

Ini punca kenapa Puteri Sarah nekad saman netizen, patutlah…