Roti canai janda muda umur 27 tahun ini laris macam goreng pisang panas

Roti canai janda muda umur 27 tahun ini laris macam goreng pisang panas. Roti canai janda yang viral ini bertempat di Kampung Baru Derang, Pokok Sena, Kedah. Roti canai janda ini di usahakan oleh dua beranak yang mana masing-masing di tinggal suami. Norasiah yang berpisah de­ngan suaminya sejak 2007 dibantu anak sulungnya, Nurul Nadia Ismail, 27, yang juga ibu tunggal.

Sejak Utusan Malaysia melaporkan Restoran Roti Canai Janda ini, jumlah pelanggan mengunjungi restorannya semakin ramai.

Roti canai janda muda umur 27 tahun ini laris macam goreng pisang panas

Semua roti canai nya sudah habis dijual seawal pukul 9 pagi. Jika sebelum ini roti canai habis dijual antara pukul 11 hingga 12 tengahari. Rata-rata pelanggan yang datang adalah daripada sekitar Pokok Sena, Kuala Nerang dan Jitra.

Menurut Norasiah yang mempunyai tiga anak ini memberitahu, setiap hari dia menguli sebanyak 14 kilogram tepung gandum. Dan sejak akhir-akhir ini beliau terpaksa menambah tepung gandum untuk diuli bagi tidak mengecewakan pelanggan.

Kira-kira 400 Biji Roti Canai Habis

Dalam sehari Norasiah dapat menjual kira-kira 400 biji roti canai. Roti canai sarang burung dan roti doll merupakan antara sajian yang popular di restoran itu. Semua roti canai itu ditebar sendiri olehnya, begitu juga dengan kuah dan sambal, semuanya disediakan sendiri olehnya.

Selain daripada roti canai, restorannya turut menyediakan menu lain seperti laksa, nasi campur dan pulut ikan kering. Restorannya itu dibuka setiap hari bermula pukul 6 pagi sehingga 1.30 petang.

Kecewa Dengan Segelintir Masyarakat

Menurut Norasiah juga, dia berasa kecewa dengan segelintir masyarakat yang membuat pelbagai persepsi apabila beliau menamakan restorannya itu dengan perkataan ‘janda’.

Dalam masa yang sama, beliau juga berdepan dengan usikan pelanggan lelaki, namun beliau tidak mengendahkannya dan menganggap mereka sebagai pelanggan sahaja.

Walaupun kecewa dengan tohmahan masyarakat namun semangat beliau tetap tidak pernah luntur untuk mencari rezeki yang halal bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

Berita Lain:

Amerika namakan pesawat ini “Hari Kiamat”, ini sebabnya

Kisah wanita sanding tanpa pengantin lelaki ini jadi tular, dah la belum akad nikah

Akak ni nyanyi lagu ‘madah berhelah’ sambil gendong anak, kalah Ziana Zain!

COMMENTS

Wordpress (0)