Rosmah bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun

Rosmah bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun

Rosmah bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun. Rosmah Mansor didapati bersalah atas tuduhan rasuah berkait projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Rosmah, isteri bekas perdana menteri Najib Razak, didakwa pada November 2018 atas tuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek tenaga solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Rosmah bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun

Rosmah gagal menahan air mata ketika bercakap di mahkamah hari ini

Dia berkata amat sedih dengan keputusan hari ini tetapi menghormati keputusan yang telah dibuat mahkamah itu.

Katanya lagi, dia sentiasa memberitahu peguamnya untuk hanya bercakap benar, seperti mana dia mengajar perkara yang sama kepada anak-anaknya.

Rosmah Mansor dalam tangisannya berkata dia tidak pernah mengambil walau satu sen daripada projek projek solar hibrid.

Begitu juga dengan jutaan dana untuk Permata dan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), katanya lagi.

BACA:

Pengacara sukan buat report polis diugut peminat fanatik badminton

Ilustrasi ‘perli’ Ryan Bakery, ini reaksi netizen