RM163,000 lesap dalam 2 hari, surirumah kongsi pengalaman seperti dipukau scammer

RM163,000 lesap dalam 2 hari, surirumah kongsi pengalaman seperti dipukau scammer

RM163,000 lesap dalam 2 hari, surirumah kongsi pengalaman seperti dipukau scammer. Kebelakangan ini, kadar kes ‘scam’ ini semakin meningkat dan semakin ramai mangsa yang terpedaya dengan tipu helah mereka. Oleh itu, pihak yang berwajib haruslah mengambil tindakan segera bagi mengekang gejala ‘scam’ ini semakin berleluasa.

Baru-baru ini, seorang suri rumah membuat perkongsian di UtusanTV mengenai kisahnya yang ditipu oleh scammer yang terjadi sejak bulan Julai yang lalu.

Berdasarkan kenyataan mangsa yang berumur 37 tahun itu, semuanya bermula apabila mangsa menerima satu panggilan telefon kononnya daripada sebuah syarikat penghantaran barang.

Kemudian, panggilan tersebut disambung pula kepada seorang individu yang mendakwa dirinya ialah pegawai polis kerana dikatakan barang yang ‘dihantar’ oleh mangsa itu telah ditahan.

Difahamkan, individu yang mengatakan dirinya polis itu telah memaklumkan kepada mangsa bahawa mangsa terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

Menurut mangsa, dia seolah-olah terpukau dan menuruti segala arahan yang diberikan oleh scammer tersebut dengan melakukan beberapa transaksi.

RM163,000 lesap dalam 2 hari, surirumah kongsi pengalaman seperti dipukau scammer

“Semua transaksi dibuat dalam tempoh masa dua hari berjumlah RM 163,000,” terang mangsa.

Pada masa yang sama, mangsa sebenarnya peka dengan kegiatan penipuan wang oleh Macau Scam.

Walau bagaimanapun, mangsa tidak menyangka bahawa dia akan menjadi mangsa sindiket itu dalam sekelip mata.

Terdahulu, kes penipuan wang ini turut berlaku kepada seorang guru dan telah mengalami kehilangan wang lebih dari RM 400,000.

Kronologi kes, mangsa dipercayai mendapat panggilan daripada seseorang yang tidak dikenali mengaku bahawa dirinya ialah pegawai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lalu disambungkan kepada seorang anggota polis, kaedah yang sama dengan kes di atas.

Mangsa turut dimaklumkan bahawa mangsa didakwa bahawa terbabit dalam pengubahan wang haram dan penyalahgunaan dadah.

“Mangsa juga didakwa terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah sebelum diarahkan memuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia (BNM).

“Mangsa diminta mengisi maklumat peribadi termasuk maklumat mengenai bank-bank miliknya di dalam aplikasi berkenaan sebelum diarahkan membuat pinjaman kononnya wang berkenaan adalah dana bersih untuk siasatan yang dinyatakan.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa membuka akaun sebelum pinjamannya diluluskan dan sekali lagi diminta mengisi maklumat peribadi ke dalam aplikasi BNM,” jelas Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin.

Menjengah di ruangan komen video yang dikongsikan itu, rata-rata warganet bersimpati dengan situasi yang dihadapi oleh mangsa.

BACA: 

Belanja rakan sekerja di Starbucks, Nabil Ahmad habis RM3,560

Harga air balang Syahmi Sazli naik, ini puncanya