RM124 pun susah nak bayar sewa PPR, penguatkuasa gempur rumah penyewa tak bayar 8 bulan

Seorang wanita dilihat meninggikan suara ke arah pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana disyaki gagal membayar tunggakan sewa rumah.

Menerus video tular, wanita itu memaklumkan suaminya jatuh sakit menyebabkan dia tak ada duit untuk membayar sewa.

Wanita itu juga dilihat mengamuk mempersoalkan tindakan pegawai menerjah rumahnya. Katanya, pegawai berkenaan sengaja membuat ‘semak’ di rumahnya dan cuba menjatuhkan bangsa sendiri.

RM124 pun susah nak bayar sewa PPR, penguatkuasa gempur rumah penyewa tak bayar 8 bulan

Pegawai menjelaskan bahawa kedatangan mereka untuk membantu penyewa melunaskan bayaran dengan cara ansuran.

Dalam whatsapp group kata akak ni tak bayar sewa PPR 8 bulan.

Kata pegawai lagi, sewa untuk kediaman itu hanyalah RM124 sebulan dan ianya tak sepatutnya terlalu membebankan.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Ada yang bersimpati dan ada juga yang tertumpu kepada dekorasi rumah yang dikatakan mewah.
ppr

@malaysiakantoi dalam whatsapp group kata akak ni tak bayar sewa PPR 8 bulan. #fyp #madani #dbkl #kualalumpur ♬ original sound – Malaysia Kantoi

Kredit: TikTok @malaysiakantoi

Baca : Ini sebab langit bertukar warna hijau ketika ribut melanda