SEORANG penghantar makanan bermotosikal menjadi ‘jutawan’ selepas berjaya membantu seorang pelancong asing mencari telefon bimbitnya yang hilang di Pantai Canggu, Pulau Bali.
Pelancong bernama Archie Davey dari Britain membuat rakaman video dan memuat naik di laman sosial mengenai kehilangan telefon bimbitnya.
“Apabila anda hilang telefon di Pantai Canggu, tawarkan dua juta rupiah (RM602.10) di media sosial sebagai ganjaran,” tulis Davey.
Video yang disiarkan Davey mencatatkan dua juta tontonan di media sosial.
Rakaman video turut menunjukkan beberapa penunggang motosikal GoJek yang biasanya menawarkan penghantaran makanan, giat mencari telefon bimbit itu.
Pelancong itu juga menunjukkan dia mengira 20 keping not wang kertas 100,000 rupiah di tepi pantai itu
Salah seorangnya menulis: “Jumlah itu mungkin kecil untuk anda tetapi anda baru saja membuatkan seseorang berasa gembira”.
Baca juga :Selama ni kita salah guna dryer rupanya! Patutlah lambat kering