Rezeki jangan ditolak! Ribuan udang naik sendiri ke halaman rumah

Penemuan ribuan anak udang ‘berarak’ telah menggemparkan dunia malah anak udang terbabit dikatakan telah naik ke darat sehingga memasuki halaman rumah.

Menerusi dua klip video, ribuan udang “berarak” dalam kuantiti yang tidak terbilang di atas tanah dan rumput.

Lebih mengejutkan, udang kecil itu memenuhi piring yang diletakkan oleh lelaki terbabit.

Sementara itu dalam video yang dimuat naik oleh seorang netizen, Kahar Mantulangi di Facebook menunjukkan fenomena pelik itu.

Untuk makluman, hantaran itu telah mendapat lebih, 11,000 perkongsian di media sosial dengan ruangan komen dibanjiri oleh netizen.

Rezeki jangan ditolak! Ribuan udang naik sendiri ke halaman rumah

Kejadian aneh itu dilaporkan berlaku di Kabuten Gorontolo Utara, Gorontolo Selasa lalu, lapor Detik.com.

Difahamkan, ia kali pertama dilaporkan berlaku di Desa Buladu, Kecamatan Sumalata Timur, Gorontalo Utara sekitar jam 5 petang waktu tempatan.

Fenomena yang jarang-jarang berlaku itu nyata mengejutkan penduduk kampung sekitar.

Menurut Ketua Kampung Sumalata Timur, Ayis Yusuf, dia turut mengesahkan kejadian yang berlaku di kawasan itu.

“Ya, fenomena itu berlaku di kawasan saya di Kampung Buladu. Banyak udang kecil yang naik ke darat. Penemuan ribuan udang itu dimaklumkan oleh penduduk kampung. Ia juga masuk sehingga ke halaman rumah penduduk kampung.

“Fenomena itu mengejutkan penduduk kampung. Tambahan lagi, kejadian udang naik ke darat kali pertama dilaporkan berlaku di sini,” katanya.

BACA: Ustaz mimpi arwah makcik minta bayar hutang RM150 masa hidup, ni memang betul roh tergantung!