Review produk besarkan payudara & punggung, ini jawapan Puteri Balqis

Review produk besarkan payudara & punggung, ini jawapan Puteri Balqis

Review produk besarkan payudara & punggung, ini jawapan Puteri Balqis. Perkongsian Puteri Balqis di Insta Story menjadi perhatian apabila pelakon itu memohon maaf kerana terpaksa menolak permintaan untuk membuat reviu berikutan produk diberikan tidak bersesuaian dengannya.

Menurut Balqis, dia juga tidak boleh mencuba produk sewenangnya kerana bimbang akan memberi kesan kpeada kesihatannnya ditambah dia sedang mengambil ubat anti kemurungan dan ubat tidur.

“Ubat anti kemurungan dan ubat tidur yang Aqish sedang ambol sekarang dosnya agak tinggi dan kuat. Pengurus Aqish kena pastikan produk reviu yang diambil adalah sesuai sebelum bersetuju.

Review produk besarkan payudara & punggung, ini jawapan Puteri Balqis

“Jadi Aqish nak minta maaf jika ada antara reviu terpaksa ditolak kerana ada beberapa produk yang kurang sesuai untuk saya lakukan,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Balqis turut memaklumkan senarai produk yang terpaksa ditolak antaranya produk memutihkan wajah, jamu, krim payudara dan punggung serta produk makanan kesihatan.

“Aqish rasa produk untuk memutihkan ini tidak sesuai sebab saya kurang pengetahuan tentang produk sebegini dan tidak mahu menyampaikan maklumat yang salah.

“Ada juga minta saya promosi jamu dan krim payudara serta punggung tetapi saya tolak kerana tidak mahu timbulkan isu memandangkan saya bawah umur.

“Macam produk makanan pula, ada yang saya cuba pertimbangkan tetapi ada kesan negatif pada badan Aqish sampai muntah dan demam,” tulisnya.

BACA:

Asyraf Wajdi dedah mengapa BN jumpa PN di Hotel St Regis

Kantoi berduaan dengan lelaki di hotel, ini jawapan Tiz Zaqyah

PN tolak titah cadangan Agong agar tubuh Kerajaan Perpaduan