Enaknya andai dapat menikmati sepinggan Nasi Goreng Daging. Cukup rasa dan sangat membuka selera.
Hidangan nasi goreng memang menjadi pilihan ramai sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam.
Ada pelbagai versi nasi goreng dan campuran bahan-bahannya boleh ikut suka hati.
Apa kata hari ini anda cuba pula resipi Nasi Goreng Daging perkongsian saudari Asmida Asman.
Pasti puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI NASI GORENG DAGING SEDAP & MUDAH DIMASAK
BAHAN-BAHAN TUMBUK KASAR:
Cili kering secukupnya
Cili padi merah dan hijau
Bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
Belacan
Garam dan serbuk perasa
BAHAN-BAHAN LAIN:
Daging
1 mangkuk besar nasi
Kacang panjang (digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
Sedikit kicap manis – beli online disini
Minyak masak – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging sehingga empuk dan hiris nipis dan kecil-kecil.
2. Bawang dihiris nipis. Kacang panjang dipotong kecil. Jika ada lobak merah pun boleh masukkan sekali.
3. Sediakan satu mangkuk besar nasi.
4. Gunakan minyak lebihan goreng ikan untuk menumis hirisan bawang tadi sampai agak garing.
5. Masukkan bahan tumbuk. Masak sampai garing dan masukkan sedikit kicap manis.
6. Masukkan daging. Gaul sekata.
7. Masukkan nasi dan kacau rata.
8. Masukkan kacang panjang dan ikan bilis goreng. Kacang panjang goreng dulu dengan minyak yang betul-betul. Goreng sekejap sahaja kemudian toskan minyak. Warna kacang panjang akan kekal hijau dan rasanya tetap sedap walaupun sudah sejuk.
9. Beginilah hasilnya. Siap untuk dihidangkan.
BACA: Rupanya ini sebab kenapa kebanyakan seluar jeans banyak guna zip brand ‘YKK’?