Rentas daerah dibenarkan mulai 5 Mac ini kecuali Sabah

Rentas daerah dibenarkan mulai 5 Mac ini kecuali Sabah

Kerajaan bersetuju membenarkan pergerakan rentas daerah di semua negeri negeri seluruh negara, kecuali Sabah mulai 5 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata setakat ini kebenaran merentas negeri masih tidak dibenarkan.

“Berhubung Sabah, kerajaan negeri sebenarnya memohon supaya sekatan daerah di negeri itu dikekalkan untuk tempoh dua minggu.

“Kita faham Sabah negeri yang besar yang mana satu daerah mereka sebenarnya lebih besar daripada kebanyakan negeri di Semenanjung,” katanya.