Remaja pilih untuk terus tinggal sendirian, mahu dekat kubur ayah angkat

Remaja pilih untuk terus tinggal sendirian, mahu dekat kubur ayah angkat

Remaja pilih untuk terus tinggal sendirian, mahu dekat kubur ayah angkat. Sejak kecil menumpang kasih bapa angkat, kini seorang remaja lelaki berusia 16 tahun hidup sebatang kara selepas lelaki yang menjadi tempatnya bergantung selama ini meninggal dunia pada 24 November lalu.

Malah kasihnya Muhammad Syakawie Abdullah terhadap Azman Aziz, 50, apabila dia memilih tinggal sendirian di rumah peninggalan bapa angkatnya itu yang dipanggil ayah di Kampung Pupuh, Ampangan di sini.

Kata Muhammad Syakawie yang mesra dipanggil Awie, dia mahu terus tinggal di kediaman itu kerana berhampiran dengan kubur bapa angkatnya kira-kira 60 meter dari rumah.

Remaja pilih untuk terus tinggal sendirian, mahu dekat kubur ayah angkat

Muhammad Syakawie kini ditemani kucing peliharaannya.

“Saya nak duduk sini (rumah peninggalan arwah) kerana nak dekat dengan kubur ayah dan nak jaga rumah.

Remaja pilih untuk terus tinggal sendirian, mahu dekat kubur ayah angkat

“Ayah pergi tiba-tiba pun agak mengejutkan. Malam itu saya terjaga dari tidur selepas bermimpi ayah jatuh dan bila saya tengok ayah di bilik, dia tidak lagi bernyawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya selepas menerima kunjungan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Kampung Jiboi Baru, Abd Razak Mohd Idrus pada Rabu.

Sementara itu ibu saudara angkatnya, Faridah Aziz, 51, berkata, dia dan keluarga tidak akan membiarkan Awie begitu saja dan akan memastikan kebajikannya dijaga.

Bagaimanapun katanya, dia menghormati kehendak Awie yang mahu terus tinggal di rumah peninggalan bapa saudaranya itu kerana lebih mudah untuk menziarahi kubur arwah.

“Saya tinggal di Taman Desa Rhu, Sikamat. Sejak arwah meninggal, anak saya akan datang jenguk Awie dan sesekali mengajaknya tidur di rumah.

“Tapi dia lebih selesa tinggal di rumah itu kerana nak dekat dengan kubur arwah selain kawan-kawannya ramai,” katanya.

Remaja pilih untuk terus tinggal sendirian, mahu dekat kubur ayah angkat

Muhammad Syakawie melihat gambar arwah bapa angkatnya bersama Faridah.

Kata Faridah, Awie telah dijaga oleh arwah Azman sejak kecil selepas diamanahkan oleh arwah ibu mereka yang meninggal dunia pada tahun 2011.

“Arwah menanggung sepenuhnya makan dan minum serta persekolahan Muhammad Syakawie, namun hanya sehingga Tingkatan Tiga.

“Dia berhenti sekolah tahun lalu kerana selalu dibuli pelajar lain dan sejak itu dia akan mengikut arwah yang memandu lori pergi kerja,” katanya.

Sementara itu Abd Razak berkata, permasalahan dihadapi remaja terbabit telah mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ampangan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek.

Ujarnya, demi masa depan remaja berkenaan, pejabat ADUN akan membantu menguruskan kemasukannya ke Kolej Yayasan Negeri di Kuala Pilah dalam bidang kulinari.

“Kita juga dalam proses membantunya membuat permohonan mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitumal.

“Malah penduduk kampung dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pun turut membantu.

“Pihak masjid pula akan main peranan membantu pendidikan agamanya,” katanya.

BACA:

Ini tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023, semua murid layak

Kes pertama ‘Amoeba Pemakan Otak’ dikesan

Selamba ceroboh Menara 118, polis siasat pasangan Rusia