Jika ditawarkan sejumlah $8 juta (RM35 juta) hanya untuk meletak iklan pada laman web,
Kebanyakan orang pastinya akan bersetuju tanpa berfikir panjang. Namun, cerita berbeza bagi Avi Schiffmann, seorang remaja berusia 17 tahun.
Kisahnya menjadi viral apabila Avi Schiffmann menjadi individu pertama yang mencipta laman web untuk menyediakan statistik COVID-19 secara langsung untuk orang ramai.
Projek yang bermula dengan tujuan membantu orang awam dan menguji kemahiran sendiri telah mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan jumlah pelawat yang meningkat pesat seawal seminggu selepas dilancarkan.
Dengan melihat sambutan yang diterima, Avi kemudian memilih untuk tidak menghadiri sekolah selama seminggu untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada projek laman webnya. Usahanya membantu orang ramai nampaknya berbaloi, dengan laman webnya, nCOV2019, berjaya mengumpulkan lebih 350 juta pelawat dalam tempoh tiga bulan sejak pelancaran pada Disember 2019.
Berjaya mencapai jumlah pelawat yang tinggi, Avi Schiffmann juga mendapat tawaran daripada syarikat pengiklanan yang bersedia membayar sehingga $8 juta (RM35 juta) untuk meletak iklan di laman web ciptaannya.
Namun, remaja berusia 17 tahun ini mengejutkan banyak pihak apabila menolak tawaran tersebut dengan alasan laman web yang dihasilkannya bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan maklumat tentang jumlah pesakit COVID-19 secara langsung.
Avi Schiffmann berpendapat bahawa pada masa ini, beliau tidak memerlukan tawaran yang mungkin membuatnya ‘bersara’ seawal usia 17 tahun, dan lebih memilih untuk membiarkan laman webnya yang banyak dilawati itu bebas dari iklan.
Usaha gigihnya untuk membantu orang ramai mendapat pujian daripada netizen. Anda boleh menonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai projek yang dibangunkan oleh Avi Schiffmann sehingga menarik perhatian media Bloomberg
BACa: Shuib tiba-tiba umum letak jawatan dari Suria FM, rupanya ini punca sebenarnya