Reaksi anak tak bagi ayah pergi kerja meruntun jiwa netizen, “Tak mudah kerja askar..”
Menggalas tanggungjawab sebagai perajurit negara sememangnya punyai masa yang sangat terhad bersama keluarga.
Justeru, jika ada masa cuti, pasti waktu tersebut akan diluangkan sebaik-baiknya dengan keluarga dan bakal menjadi drama air mata tatkala ingin berpisah semula.
Demikianlah sebuah video yang tular menunjukkan seorang anak perempuan yang menangls teresak-esak saat ayah kesayangan ingin kembali bertugas, pulang ke pangkalan.
“Auto mata ibu masuk habuk jugak.”
Reaksi anak tak bagi ayah pergi kerja meruntun jiwa netizen, “Tak mudah kerja askar..”
Menerusi perkongsian @areja di Tiktok, dia memuat naik video menyayat hati tiga orang anaknya yang sedih akan perpisahan bersama ayah tercinta.
Namun begitu, situasi menjadi Iebih sedlh apabila anak perempuan sulung yang baru pulang dari sekolah dilihat meraung kesedlhan hingga sanggup mengambil baldi dan barang dari motor kepunyaan ayahnya demi ‘menghalang’ bapa kesayangan dari pergi.
“Ayah takkan pujuk sebab kalau pujuk nanti berat hati nak pergi bertugas…”
Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen sebak melihat perkongsian ini malahan turut merasakan kesedihan anak perempuan tersebut yang tak rela berpisah dengan ayahnya dalam jangka masa berbulan lamanya.