Rayuan Abdul Azeez ditolak Mahkamah Rayuan

Rayuan Abdul Azeez ditolak Mahkamah Rayuan

Rayuan Abdul Azeez ditolak Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan hari ini, menolak rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan sembilan tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

Rayuan Abdul Azeez ditolak Mahkamah Rayuan

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan Abdul Azeez untuk membatalkan empat pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Abdul Azeez, 55, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac tahun lalu yang menolak permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

BACA:

Gambar isteri Aliff Syukri waktu muda tular, ramai teruja

Wanita kaya sanggup tinggal hidup mewah, jadi pemungut sampah

Netizen minta Baby Shima tinggal di Indonesia, jangan pulang lagi