Rasa lembut dan manis, lelaki baru perasan makan kurma berulat

Seorang lelaki memberi amaran kepada pengguna untuk berhati-hati sebelum makan buah kurma yang dijual di pasaran.

Hal ini kerana, lelaki itu tidak ingin situasi ‘menggelikan’ yang dihadapinya berulang kepada orang lain.

Menurutnya, dia telah menikmati beberapa biji tamar ‘premium’ yang dibelinya dengan harga RM10 sekotak.

Namun begitu, alangkah terkejutnya pemuda itu apabila dia mendapati kurma tersebut dipenuhi dengan larva atau telur berenga.

Sempat memuji kesedapan kurma tersebut, pemuda itu turut menasihati pengguna untuk memeriksa kurma sebelum makan.

Rasa lembut dan manis, lelaki baru perasan makan kurma berulat

“Korang lepasni berhati-hati ya nak makan kurma. Walaupun murah RM10 sekotak kena cuci betul-betul sebelum makan.

“Kalau tak, jadilah macam aku ni. Makan dah banyak biji baru perasan ada maggot eggs, macam dah jadi larva dah.

“Patutlah kurma ini lembut dan manis, rupanya..,” ciap lelaki itu di akaun media sosial Twitter miliknya.

Dalam pada itu, lelaki itu turut berkongsi siaran dari Public Health Malaysia yang menganjurkan pengguna untuk mencuci kurma.

Menurut siaran tersebut, khasiat dan rasa buah kurma tidak akan hilang walaupun telah dibasuh terlebih dahulu.

BACA: “Aku tak pernah lihat ayah nangis tapi hari tu pertama kali dalam hidup aku tengok ayah nangis teresak-esak kerana mak”