Ramai yang tak tahu, ini cara paling jimat masuk tempat ‘best’ di Penang

Ramai yang tak tahu, ini cara paling jimat masuk tempat 'best' di Penang

Ramai yang tak tahu, ini cara paling jimat masuk tempat ‘best’ di Penang. Ramai tak tahu, rupa-rupanya ada satu taktik macam mana nak masuk ke tempat best kat Penang, harga cukup berbaloi dan sangat fleksibel.
“Cuti sekolah sudah pun tiba. Jadi mestilah nak bawa anak-anak semua pergi bercuti ke destinasi pilihan macam Pulau Pinang sambil ‘bonding time’ dengan keluarga kan?

Tapi bila ahli keluarga ramai, mestilah kos pun makin mahal. Nak taknak terpaksa buat bajet kira-kira dulu. Zaman sekarang ni ada ke melancong yang murah?”

Jawapannya, ADA. Rupa-rupanya ada juga pakej pelancongan yang mempunyai banyak aktiviti tapi harganya sangat-sangat murah & menjimatkan.

Inilah yang SK nak kongsi taktik jimat bila nak melancong ke Pulau Pinang dan pergi ke tempat menarik di sana untuk berhibur sakan bersama anak-anak.

Kalau melancong berasingan, mestilah bayarannya pun berbeza-beza. Silap-silap jadi makin mahal pula. Kan best pergi banyak kali tapi bayar sekali je. Malah lebih ‘untung’, siap boleh jimat sampai RM100 seorang.

Ramai yang tak tahu, ini cara paling jimat masuk tempat 'best' di Penang

Caranya, guna je Klook Multi Attraction Pass di mana anda boleh gunakan satu pass untuk masuk ke beberapa tempat pelancongan berbeza. Contohnya di Penang, anda boleh masuk sehingga EMPAT destinasi berbeza menggunakan satu pass termasuk Entopia Penang, The Habitat Penang Hill dan ESCAPE Theme Park (yang ada gelongsor air terpanjang di dunia tu!)

Sudahlah murah, tempat pelancongan yang ditawarkan pun best-best semuanya macam Genting Highlands, Langkawi dan Kuala Lumpur. Tapi lokasi paling menarik perhatian semestinya Pulau Pinang!

Dekat Klook, anda boleh tempah tiket seawal sebulan dan boleh berjimat hingga 33% untuk masuk ke dua hingga empat destinasi.

Lokasi menarik yang ditawarkan adalah Entopia Penang, The Habitat Penang Hill, The TOP Komtar, ESCAPE Theme Park at Penang, Penang Bird Park, Tech Dome Penang, Boutique Aquarium at The TOP, The Gravityz Obstacle Rope Course in Penang, Wild Immersion Virtual Reality Experience di Penang Hill.

Pas ini sah selama sebulan dan tentukan sendiri masa, waktu dan lokasi pilihan anda di SINI.

Macam mana nak beli?
Klook Pass adalah pilihan terbaik bagi anda yang nak melancong ke tempat best bersama keluarga, tapi dalam masa yang sama bijak berbelanja. Dengan subscribe Klook Pass, anda boleh menikmati penjimatan extra. Jom kami tunjukkan caranya.

Caranya mudah saja. Anda perlu login atau sign up (jika pengguna baru) terlebih dulu. Pilih mana-mana tawaran Klook Multi Attraction Pass mengikut destinasi yang anda inginkan.

Pilih pakej diinginkan sama ada 2, 3 atau 4 destinasi pelancongan yang ditawarkan. Selesai pembayaran, anda boleh rujuk pas tersebut pada bahagian “Booking” dalam akaun Klook anda.

Gunakan pas tersebut pada bila-bila masa tanpa mengira tarikh selagi ia masih sah (rujuk tempoh sah setiap pas dibeli).

Dengan cara ini, anda tak perlulah terkejar-kejar melawati banyak tempat dalam satu hari hingga tak sempat nak hayati keseronokan dengan anak-anak. Harini pergi ESCAPE, esok boleh pergi The Habitat, lusa boleh pergi The Top Komtar pulak. Semuanya hanya perlukan satu pas sahaja.

Kalau anda seorang yang mahukan fleksibiliti, pas ini amat sesuai untuk anda. Anda boleh pilih dan tempah ikut tarikh sendiri dan ia valid sehingga enam bulan lamanya.

Dan katakan sudah tempah tapi tiba-tiba tak jadi. Jangan risau, anda boleh batalkan tempahan secara percuma & refund semula duit.*

*terma dan syarat

Selain Pulau Pinang, ada banyak lagi lokasi menarik anda boleh pergi dengan Klook Pass. Jom kami kongsikan di bawah.

1. Jump Street Asia (multi-visit pass)

Jump Street Asia merupakan taman trampolin pertama di Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Tarikan utamanya adalah Main Court, trampolin gergasi berukuran lebih 9,000 kaki.

Dengan Multi Visit Pass beserta diskaun 15 peratus, anda berpeluang menikmati 17 aktiviti dan fasiliti berbeza seperti Main Court, Foam Pit, Big Airbag, High Performance Area dan banyak lagi.

Best tak melompat-lompat bersama-sama dengan anak? Kalau best, jangan lupa lompat di SINI.

2. Workshop Pass in Kuala Lumpur

Isteri anda suka memasak? Anak lelaki anda suka mengecat dan mewarna? Anak perempuan anda pula suka melukis? Nak tak join kesemua aktiviti kreatif ini serentak bersama mereka dengan pakej berbaloi?

Workshop Pass yang ditawarkan ini adalah membolehkan anda untuk mengakses dua, tiga hingga empat workshop dengan satu pas yang sama, malah turut diberi diskaun hingga 30 peratus lagi!

Pas ini sah selama 60 hari selepas tarikh pembelian dan enam bulan selepas tebusan kali pertama. Ia sangat fleksibel, pilih saja nak datang pada tarikh bila-bila yang anda mahukan. Bebas buat keputusan, bebas melukis penuh kepuasan!

Jangan lupa ajak isteri dan anak-anak memasak, mewarna dan melukis di SINI.

3. Genting Highlands Attractions Pass

Bagi kaki travel yang meminati aktiviti hiburan keluarga, rasanya belum cukup ‘sah’ kalau tak bertandang ke taman tema terkenal negara iaitu Genting Highland.

Dengan Multi Attraction Pass, anda berpeluang berhibur bersama keluarga tersayang di TIGA lokasi pilihan hebat seperti Genting SkyWorlds Outdoor Theme Park, Skytropolis Indoor Theme Park dan Ripley’s Adventureland.

Kos? Tak mahal langsung. Dengan pas ini, anda boleh jimat hingga 23 peratus dan berpeluang mengakses dua hingga tiga aktiviti dengan satu pas yang sama!

Pas ini sah selama 30 hari dan sangat fleksibel. Nak datang pada tarikh bila, nak bermain di taman tema yang mana satu, anda sendiri yang tentukan! Jangan lupa tentukannya di SINI.

4. Langkawi Attraction Pass

Jangan sia-siakan peluang untuk menjelajah sekitar Pulau Langkawi dengan Multi Attraction Pass yang ditawarkan pada kali ini, sebab anda boleh menerokainya dengan penjimatan sehingga 55 peratus!

Dengan pas ini, anda boleh berkunjung ke Crocodile Adventureland Langkawi, Langkawi Adventure & Xtreme Park, Langkawi Skycab Cable Car, Splash Out Langkawi, Langkawi Underwater World, Langkawi Wildlife Park, SKYTREX Adventure atau Private Island Adventure di Paradise 101 Langkawi!

Pas ini sah selama 30 hari. Tentukan sendiri masa dan lokasi yang menjadi pilihan. Jangan lupa mulakan jelajah Pulau Langkawi di SINI ya.

5. Kuala Lumpur Multi Attractions Pass

Dengan Multi Attraction Pass ini, anda berpeluang menikmati penjimatan sehingga 44 peratus serta merasai beberapa aktiviti dengan satu pas yang sama.

Lokasi menarik yang ditawarkan untuk anda berhibur bersama keluarga adalah seperti di Sunway Lagoon, Aquaria KLCC, Zoo Negara, KidZania KL, SuperPark Malaysia, Wet World Water Park Shah Alam dan KL Tower Mini Zoo.

Pas ini sah selama 30 hari. Tentukan masa, waktu dan lokasi yang anda mahukan di SINI.

6. Langkawi Adventure Pass

Gunakan Adventure Pass ini untuk menikmati diskaun sehingga 40 peratus ketika bercuti di Langkawi. Malah anda boleh mengakses dua hingga empat aktiviti untuk dua orang dengan satu pas.

Pas ini memberikan anda pengalaman merasai aktiviti menarik di Langkawi seperti Sunset Cruise Dinner, Jet Ski Fun Ride di Paradise 101, Shared Boat Mangrove Tour di Tanjung Rhu, parasailing di Pantai Cenang, Go-Kart di Morac Adventure Park dan Kubang Badak Mangrove Kayaking Tour.

Pas ini sah selama 30 hari. Tentukan sendiri waktu, masa dan lokasi pilihan di SINI bersama keluarga. Jangan sia-siakan peluang ini.

Beli 1 percuma 1
Jangan terlepas pula, ada satu lagi tawaran hebat menanti anda iaitu Beli 1 Percuma 1 yang dibuka untuk dua pilihan, iaitu Jump Street Trampoline Park Malaysia dan SuperPark KL.

Diskaun hingga RM50 untuk first time user
Anda baru nak guna Klook buat kali pertama? Jangan risau. Bagi setiap pengguna baru, anda boleh menikmati diskaun sebanyak 15 peratus (maksimum RM50) menerusi promo code NEWTOKLOOK15.

Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat layari pautan INI untuk merebut peluang menikmati tawaran terhad Klook Pass bersempena musim cuti sekolah sekarang.

BACA:

Ramai yang berebut, gelang akses perbicaraan Depp dijual RM22,000

Kini jadi tauke, Ella lebih suka tanam cili

Iqbal buat netizen tak senang duduk lagi, kali ini tayang jam rolex pula