Ramai yang berebut, gelang akses perbicaraan Depp dijual RM22,000

Ramai yang berebut, gelang akses perbicaraan Depp dijual RM22,000

Ramai yang berebut, gelang akses perbicaraan Depp dijual RM22,000. Meskipun perbicaraan kes saman fitnah antara bintang Hollywood terkemuka, Johnny Depp, 58, terhadap bekas isterinya, Amber Heard, 36, sudah berakhir, namun, tumpuan masyarakat terhadap pasangan kontroversi itu tidak berakhir.

Menerusi portal New York Post, seorang penjual menerusi laman eBay yang menggunakan nama ‘gibeachhead’ sebagai identiti, menjual gelang tangan biru dengan bidaan bermula $4,999 (RM21,950).

Penjual itu memberitahu, gelang tangan biru itu sebagai akses memasuki ruang persidangan kes perbicaraan Depp melawan Heard yang diadakan di Fairfax County, Virginia.

“Ia adalah hari pertama dalam minggu terakhir perbicaraan dan salah satu, hari paling sibuk. Saya berada di sana dan ingin mendapatkan berita sahih.

“Ini juga saya anggap sebahagian sejarah budaya selebriti,” katanya.

Ramai yang berebut, gelang akses perbicaraan Depp dijual RM22,000

Ia merujuk kepada 23 Mei lalu iaitu hari ke-20 perbicaraan yang berlangsung selama enam minggu.

Penjual memaklumkan, hari berkenaan juga antara detik terpanjang di mahkamah dari 9 pagi hingga 5.30 petang.

Depp mengemukakan saman fitnah menuntut tidak kurang AS$50 juta (RM219 juta) terhadap Heard yang didakwa memfitnah apabila bekas isterinya itu dalam satu artikel mendakwa, beliau adalah figura awam mewakili keganasan rumah tangga.

Walaupun artikel dikeluarkan pada 2018 itu tidak menyebut bintang Pirates Of The Caribbean itu, Depp berkata, ia sangat mempengaruhi kerjayanya.

Heard yang pernah membintangi filem Aquaman mengemukakan tuntutan balas menuntut AS$100 juta (RM439 juta) dengan mendakwa Depp mencemarkan reputasinya.

Namun juri berpendapat, Heard perlu bertanggungjawab atas fitnah, berhutang dengan bekas suami yang dikahwini selama 15 bulan dengan ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM66 juta). Manakala, AS$2 juta (RM8.79 juta) diberikan kepada Heard untuk saman balasnya.

Depp dan Heard bertemu pada 2009 di set penggambaran filem The Rum Diary sebelum berkahwin pada Februari 2015 tetapi bercerai, dua tahun kemudian.

BACA:

Kini jadi tauke, Ella lebih suka tanam cili

Iqbal buat netizen tak senang duduk lagi, kali ini tayang jam rolex pula

Mengemis selama 13 tahun, pengemis ini berjaya bina rumah dan miliki wang simpanan sebanyak 490 Juta