Ramai terkejut tengok PMX masuk IJN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, keadaan Wan Rosdy semakin baik ketika beliau melawatnya tengah hari semalam.

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik selepas menjalani prosedur pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan di IJN,” katanya.

Ramai terkejut tengok PMX masuk IJN

Wan Rosdy selesai menjalani prosedur pembedahan di IJN pada Jumaat lalu.
Disyorkan Untuk Anda

Menerusi perkongsian sama, Anwar berkata, beliau turut menziarahi bapa saudara kepada Sultan Pahang Tengku Datuk Muhammad Sultan Abu Bakar serta bekas pelajarnya di Yayasan Anda, Basuki Yusof yang turut menerima rawatan di IJN.

“Mendoakan mereka dikurniakan afiyah dan kesembuhan sesegera mungkin, insya-Allah,” kata Anwar.

Baca juga: Dah moden, pengemis tepi jalan pun pakai kod QR minta sedekah sekarang