Ramai tak tahu rupanya, ini sebab kenapa bilik sewa kecil macam kubur pun mahal.
DENGAN harga rumah yang semakin mahal dan meningkat tidak seiring dengan kadar peningkatan gaji,
lebih ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk menyewa berbanding memiliki kediaman sendiri.
Bagi golongan bujang yang baru memulakan pekerjaan di bandar-bandar besar pula, menyewa bilik ialah pilihan terbaik. Ia lebih menjimatkan dan memudahkan.
Namun, harga sewa bilik juga sudah semakin mahal sekarang. Ada yang murah tetapi penyewa terpaksa korbankan privasi kerana perlu berkongsi dengan orang lain.
Jika mahu menyewa sendiri, harganya boleh mencecah antara RM300 hingga RM500 bagi bilik yang tidaklah sebesar mana.
Ramai yang mempertikaikan perkara ini tetapi apakah puncanya sehingga bilik yang sangat kecil saiznya, hanya boleh memuatkan satu katil bujang dengan sedikit ruang lebih untuk meletak barang, boleh disewa dengan harga sehingga lebih RM300?
Pengarah Penyelidikan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Dr. Suraya Ismail mengupas isu ini melalui artikel bertajuk Renting in Malaysia: Can we be ‘more-like-Germany’ dalam siri KRI Views.
Tiga kategori tuan rumah
Menurut Suraya, bekalan rumah atau bilik sewa disediakan oleh tiga kategori tuan rumah, iaitu:
Pemilikan institusi – Contohnya kerajaan, koperasi atau syarikat gergasi dan dana ekuiti swasta
Industri kotej – Contohnya (a) pemilik hartanah swasta yang sudah melangsaikan gadai janji atau (b) sedang melangsaikan gadai janji
Pemilikan spekulatif – Spekulator yang membeli hartanah untuk melipatgandakan nilainya
Untuk pemilikan oleh institusi kerajaan, nilai sewa telah ditetapkan dan ia bertujuan membantu golongan rentan dan berpendapatan rendah. Contoh yang boleh diambil ialah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Pemilik dari industri kotej (perniagaan kecil yang dimiliki dan dijalankan oleh individu/keluarga) pula boleh dipecahkan kepada dua lagi kategori.
Kategori pertama atau 2a merupakan pemilik yang sudah selesai membayar gadai janji untuk hartanah tersebut. Pemilik kategori ini kebiasaannya menetapkan harga sewa menggunakan model harga sewa hedonik atau harga pasaran.
Kategori kedua (2b) pula merujuk kepada pemilik yang menggunakan bayaran sewa untuk melangsaikan gadai janji mereka. Kebiasaannya, pemilik sebegini menetapkan harga sewa yang lebih tinggi berbanding pemilik kategori 1 dan 2a.
Harga sewa tinggi juga biasa dikenakan oleh pemilik kategori 3, iaitu pemilik spekulatif. Pemilik kategori ini bukan sahaja mahu menggunakan bayaran sewa untuk melangsaikan gadai janji, malah secara aktif mengejar keuntungan tambahan.
BACA: