Ramai puji Nelysa, sesuai jadi hos walau pertama kali datang MeleTOP

Ramai puji Nelysa, sesuai jadi hos walau pertama kali datang MeleTOP

Ramai puji Nelysa, sesuai jadi hos walau pertama kali datang MeleTOP. Aktif membuat video secara suka-suka pada PKP fasa pertama, siapa sangka ia menjadi permulaan terbukanya pintu rezeki Nelysa Norazlan sebelum bergelar TikTokers terkenal. Pernah anti dengan aplikasi TikTok, kini dia antara content creator yang mempunyai begitu ramai follower iaitu menghampiri 3 juta orang.

Thank you MeleTOP for having me – Nelysa.

Baru-baru ini, gadis berusia 24 tahun itu telah diundang ke rancangan ‘MeleTOP’ dan sekali lagi dia menceritakan tentang permulaan karier sebagai TikTokers.

Cantik mengenakan baju panjang berona pink terang, nampaknya dia begitu selesa membawa diri meskipun pertama kali dijemput ke sana.

Kalau boleh taknak masukkan family, rupanya ramai nak tahu macam mana handle special kids.

Ramai puji Nelysa, sesuai jadi hos walau pertama kali datang MeleTOP

Ramai puji Nelysa, sesuai jadi hos walau pertama kali datang MeleTOP

Bercakap soal perkongsian tentang adiknya yang menghidap Sindrom Cri Du Chat, Nelysa akui awalnya dia enggan melibatkan keluarga dalam content. Namun bagi tujuan awareness, barulah dia tahu kandungan sebegitu memberikan manfaat positif kepada masyarakat yang berminat untuk tahu mengenai penjagaan golongan OKU.

Nely ni ada aura yang menyebabkan kita tertarik tengok dia cakap.

Meskipun cuma muncul sekejap, kehadiran Nelysa ke ‘MeleTOP’ mendapat respon baik daripada ramai peminat. Dari tutur katanya yang sopan dan penuh berkeyakinan, ada juga pujian mengatakan gadis ini mempunyai potensi sebagai pengacara.

BACA:

Punca kehilangan pelakon Azar Azmi terbongkar, “Benda ni sensistif”

Aksi geli geleman menantu VIP ‘menggatal’ sesama jantan

Wanita berniqab bawa treler kontena, ramai terkejut sebabnya