Ramai puas hati bila Ina melangkah keluar walau diugut Amir dengan talak

Ramai puas hati bila Ina melangkah keluar walau diugut Amir dengan talak

Ramai puas hati bila Ina melangkah keluar walau diugut Amir dengan talak. Setelah dibebaskan dari penjara, Ina seakan mendapat peluang kedua membina kehidupan baru yang jauh lebih bahagia. Tidak hairan suaminya, Amir bakal dikahwinkan dengan Murni atas permintaan ibunya, Lijah, yang penting buat wanita itu adalah dia mendapat hak jagaan Fayad.

Kat dalam ni kasih boleh dibina, tapi kat luar syurga aku sedang menanti

Pada babak penghujung semalam, Ina yang telah bebas hukuman penjara terlihat bahagia boleh menghirup semula udara kebebasan. Kemudian, dia segera pulang ke kampung sekali gus bertemu lagi dengan Amir dan ibu mentuanya.

Ramai puas hati bila Ina melangkah keluar walau diugut Amir dengan talak

Selangkah Ina keluar dari kawasan ni, maka terlafazlah talak satu pada Ina

Seolah tak pernah memikirkan kedukaan yang dialami Ina selama ini, Amir tanpa rasa bersalah mengajak bekas banduan itu berbaik dan buka lembaran baru. Walaupun sempat menakut-nakutkan dengan talak sekiranya pergi dari kawasan rumah tersebut, Amir terlopong kerana Ina rupanya langsung tidak kisah. Bahkan dengan wajah sinis, wanita berkenaan terus melangkah ke belakang menandakan dia enggan lagi bersama.

Dia kena ingat, perempuan ni lemah dengan anak je bukan dengan suami

Dengan pengakhiran kisah yang tidak klise, netizen sangat berpuas hati melihat riak wajah Ummi Nazeera. Sedikit sebanyak, babak ini seakan menggambarkan betapa seorang wanita itu akan nekad membawa diri jika terlalu lama dicabar.

@allya4425 #rindukasih #rindukasihepisode14 #episodeakhir😭 ♬ Harga Diriku – Wali

BACA:

Yang perempuan macam lelaki, yang lelaki macam perempuan – Sharifah Shahira

Harga kereta koleksi Sultan Brunei buat ramai terkejut, Kelab MU pun kalah

Mat Saleh kena sekolah dengan netizen kerana kritik KLIA