Ramai pengguna tertipu dengan plaza tol palsu, 18 bulan tak perasan

Plaza tol di lebuh raya dibina bertujuan membantu negara membiayai pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya, menjadikan pemanduan lebih selesa dan lancar bagi pengguna.

Tetapi di Gujarat, India, satu kumpulan individu telah mencipta sebuah plaza tol palsu untuk mengutip wang secara haram daripada pengguna jalan raya.

Mengikut laporan NDTV, plaza tol palsu itu didirikan di atas tanah persendirian dan merentas sebuah lebuh raya.

Ramai pengguna tertipu dengan plaza tol palsu, 18 bulan tak perasan

Pemandu yang melalui kawasan itu akan dialihkan untuk menggunakan plaza tol palsu tersebut, yang menyebabkan mereka membayar tol dengan percaya bahawa ia adalah milik kerajaan, seperti kebanyakan plaza tol lain di negara tersebut.

Pihak yang tidak bertanggungjawab ini dilaporkan telah mengalihkan lalu lintas untuk memastikan pemandu kenderaan melalui plaza tol palsu tersebut.

Kejadian ini berlaku tanpa disedari selama 18 bulan sebelum orang awam baru-baru ini menyedari bahawa plaza tol tersebut adalah palsu.

Plaza tol palsu ini hanya mengenakan bayaran tol separuh daripada harga biasa di plaza tol yang sah, mungkin menyebabkan pengguna jalan raya tidak menyedari penipuan tersebut kerana bayaran yang lebih rendah.

Penipuan ini didakwa telah memberikan bayaran tol sekitar 20 hingga 200 Rupee India (RM1-RM11) kepada pengguna jalan raya.

Walau seberapa liciknya penipu, kebenaran akhirnya terbongkar apabila pihak berkuasa mengetahui mengenai pembinaan plaza tol palsu tersebut.

Siasatan kini sedang dijalankan untuk mengenal pasti dalang di sebalik penipuan ini.

Kejadian ini memunculkan persoalan mengenai bagaimana plaza tol palsu ini dapat beroperasi selama lebih setahun tanpa ketahuan mana-mana pegawai kerajaan yang lalu di kawasan tol tersebut.

BACA: