Ramai mula membanjiri pejabat Anwar, notis terpaksa ditampal

Ramai mula membanjiri pejabat Anwar, notis terpaksa ditampal

Ramai mula membanjiri pejabat Anwar, notis terpaksa ditampal. Pegawal keselamatan dilihat menampal notis larangan di luar pagar Pejabat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.

Notis tersebut yang bertulis ‘Dilarang masuk jika tidak mempunyai sebarang urusan’ itu telah ditampal pada jam 10.57 pagi tadi.

Dalam pada itu, pengawal Anwar dilihat keluar dari pejabat membawa beberapa makanan ringan dan minuman untuk disediakan kepada petugas media yang ‘berkampung’ di luar pejabat beliau.

Antara makanan yang disediakan adalah nasi goreng, bihun goreng, mi goreng, biskut, minuman isotonik dan air mineral.

Petugas media sudah mula berkumpul di luar pekarangan pejabat Presiden PKR itu di Jalan Gasing sejak jam 8.30 pagi.

Ramai mula membanjiri pejabat Anwar, notis terpaksa ditampal

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk menganjurkan satu Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Khamis.

Menurut Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, perbincangan khas ini adalah bertujuan mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu bagi membolehkan Seri Paduka Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Sesi-sesi menghadap itu adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan PH dan Perikatan Nasional, (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin secara berasingan bermula jam 4.30 petang Rabu.

BACA:

Rusuhan di Lenggong adalah palsu, Polis cari dalang yang buat sebaran

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bermula

Review produk besarkan payudara & punggung, ini jawapan Puteri Balqis