Ramai mengeluh caj masuk tandas ‘sengaja’ dinaikkan, rupanya ini yang jadi

Ramai mengeluh caj masuk tandas 'sengaja' dinaikkan, rupanya ini yang jadi

Ramai mengeluh caj masuk tandas ‘sengaja’ dinaikkan, rupanya ini yang jadi. Pernah masuk tandas awam yang berbayar tak? Selalunya ‘jaga’ tandas ini akan caj dalam 20 sen bagi tandas biasa sehinggalah ke harga paling mahal seperti RM2.00 bagi tandas yang level kayangan.

Pun begitu, baru-baru ini ADUN Skudai, Marina Ibrahim di Twitter telah berkongsi aduan yang dia terima berkaitan caj tandas awam di Terminal Bas Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) yang dikatakan agak mahal iaitu 50 sen sekali masuk.

“Ada tong sampah tapi buang pad merata”

Tidak mahu mendengar sebelah pihak, Marina telah membuat lawatan mengejut ke tandas di terminal tersebut.

Agak mengejutkan apabila uncle jaga tandas ini beritahu tentang sikap dan mentaliti rakyat Malaysia yang pengotor. Antaranya ialah dengan membuang pad merata tempat dan tin minuman pula dibuang ke lubang tandas. Ish, ish…

Ramai mengeluh caj masuk tandas 'sengaja' dinaikkan, rupanya ini yang jadi

Caj masuk toilet ini juga dinaikkan kerana kenaikan harga barang dan gaji yang perlu dibayar kepada pekerja pembersihan. Malah ramai orang tempatan juga katanya tidak gemar melakukan kerja pembersihan seperti ini.

Mentaliti ‘nanti ada orang bersihkan’

Marina juga pada masa yang sama menegur sikap rakyat yang Malaysia pemalas ketika berada di tandas apabila mereka tidak meletakkan paip tandas di tempat sepatutnya, tidak membuang tisu lepas digunakan dan lebih parah lagi bila tak pam tandas lepas digunakan. Nayalah orang yang guna tandas lepas tu…

Perkongsian tersebut ternyata mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata bersetuju dan tidak kisah jika tandas sebegini dicaj mahal kerana bukan senang untuk mengekalkan kebersihan.

Harap ramailah yang celik mata isu kebersihan tandas ni. Dah tahun 2022 kot.

BACA:

Orang ramai bingung, projek perumahan Prima Teluk Intan ‘ghaib’

Tangani kos sara hidup, pengeluaran Khas KWSP 2.0 bakal dibenarkan?

Netizen kecam Nabila Razali pakai baju renang ketat dan ‘tak pakai tudung’

COMMENTS

Wordpress (0)