Rakyat semakin meluat terhadap kerajaan, tetapi…’

Pas mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai kerajaan yang kukuh dan diterima baik rakyat.
Sebaliknya, kata Setiausaha Pas Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi, sikap segelintir pemimpin telah menyebabkan politik kini berdepan ketidaktentuan.

“Sebenarnya, rakyat tak meluat terhadap kerajaan. Kerana, rakyat sangat berpuas hati dengan prestasi kerajaan mentadbir negara di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini,” katanya pada Selasa.

Sebaliknya, kata Che Abdullah, rakyat diberikan gambaran bahawa negara tidak mempunyai sumber kewangan.

“Tetapi, apabila berlaku perubahan kerajaan, dan aktiviti ekonomi terhenti sejak Mac lalu, kerajaan masih mempunyai wang untuk bantu rakyat.
“Ini menyebabkan rakyat lega dengan pertukaran kerajaan. Tetapi, apabila ada usaha hendak melahirkan politik panas, ini yang membuatkan rakyat rasa meluat,” katanya.
Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam pada itu meluahkan kekesalan kerana segelintir ahli politik masih mahu berpolitik, walaupun sudah ditegur Yang di-Pertuan Agong.

Berita penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sebenarnya-rakyat-tak-meluat-terhadap-kerajaan-tetapi-264528

COMMENTS

Wordpress (0)