“Rakyat Malaysia dah lupa saya.. ” – Thanabalan

“Rakyat Malaysia dah lupa saya.. ” Penyerang yang mencipta sensasi di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, N.Thanabalan akur jika penyokong sudah melupakan namanya selepas beberapa musim ‘hilang’ daripada radar bolasepak tanah air gara-gara kecederaan.

Thanabalan yang kini bersama Sabah FC berharap musim 2022 akan menjadi detik kebangkitan semula dalam kariernya, selepas gagal membawa impak ketika bersama Negeri Sembilan, Kedah dan Perak II.

“Kecederaan dalam bola sepak ini adalah satu perkara yang biasa dalam bola sepak dan ramai juga pemain yang hilang kerana masalah kecederaan di bahagian kaki.

“Sebelum datang ke Sabah (pada 2021), saya memang ada alami masalah kecederaan di lutut kanan perlu jalani proses pemulihan dan rasa lega kerana dapat juga beraksi pada penghujung tahun lalu.

“Saya tidak kisah jika orang tidak lagi ingat saya selepas pernah bantu pasukan negara mara ke final Sukan SEA 2017 kerana sebagai pemain bola sepak, situasi ini adalah lumrah.

“Apa yang penting, jangan sama sekali berputus asa dalam karier dan itu saya tengah cuba buktikan selepas berjaya untuk terus bersama Sabah pada musim ini,” katanya yang muncul penjaring terbanyak bersama Sukan SEA 2017 dengan empat gol.

Salah satu gol dijaringkannya adalah ketika menyingkirkan Indonesia di peringkat separuh akhir.

"Rakyat Malaysia dah lupa saya.. " - Thanabalan

Thanabalan yang tidak beraksi hampir separuh musim Liga Malaysia 2021, diturunkan sebanyak tujuh kali dalam kesebelasan utama serta tiga kali selaku pemain gantian dengan 10 penampilan secara keseluruhan bersama Sabah pada musim lalu.

Sementara itu, penyerang yang berasal dari Rantau, Negeri Sembilan berkenaan akui tidak sabar bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukannya di Kedah, Baddrol Bakhtiar.

Jelasnya, peluang bersama Baddrol adalah impian mana-mana penyerang di negara ini kerana kualiti serta pengalaman yang dimiliki pemain tengah itu sangat baik.

“Saya pernah main dengan dia semasa di Kedah, Baddrol ni seorang pemain yang sentiasa boleh berikan hantaran berkualiti kepada penyerang

“Hantaran-hantarannya sentiasa boleh tekanan kepada pihak lawan dan itu satu perkara isitimewa mengenai Baddrol yang jarang ada kepada pemain lain.

“Bagi saya, ini ibarat peluang kedua bermain dengan dia dan Baddrol sememangnya layak untuk saya panggil dia legenda dalam pentas Liga Malaysia, ” katanya.

BACA JUGA : Rezeki terpijak, peniaga bundle jumpa puluhan ribu ringgit semasa pecah guni

Jodoh kuat, perbezaan usia 26 tahun tidak halang gadis muda ini terima lamaran “pak cik”

“Semalam elok je dating panggil sayang, harini kekasih dah bertunang dengan orang lain”