Rakam pelanggan buang air, pekerja restoran asam pedas mengaku salah

Rakam pelanggan buang air, pekerja restoran asam pedas mengaku salah

Rakam pelanggan buang air, pekerja restoran asam pedas mengaku salah. Pekerja restoran asam pedas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan merakam gambar pelanggan premis itu sedang membuang air kecil menggunakan telefon bimbit, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Azizi Hazim Kamarudin, 18, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap pesalah itu pada 11 Januari depan bagi mendapatkan laporan akhlaknya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengikut pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan cara merakam gambar mangsa sedang buang air kecil di tandas sebuah restoran asam pedas tanpa pengetahuannya menggunakan telefon bimbit yang mengganggu kesantunan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan di restoran berkenaan di Jalan PM3, Plaza Mahkota, dekat sini, pada 14 November lalu, jam 3.35 petang.

Rakam pelanggan buang air, pekerja restoran asam pedas mengaku salah

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, antara lain mangsa bersendirian ke tandas itu sebelum ternampak telefon bimbit dihalakan tepat ke arahnya dan menjerit untuk mendapatkan pertolongan.

Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha berhujah supaya hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatannya yang menjurus kepada mengaibkan mangsa serta mencadangkan jaminan RM8,000 bagi membebaskannya sementara menunggu laporan akhlak disediakan.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek merayu hukuman ringan dikenakan kepada Muhammad Azizi selaku pesalah muda dan wajar diberi peluang untuk membaiki diri.

Katanya, tertuduh bekerja di restoran tempat kejadian dengan pendapatan RM350 seminggu dan perlu menyara kedua ibu bapanya selain sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman serta laporan akhlak.

BACA:

Anwar mulakan tugas sebagai Menteri Kewangan

Sembunyi 20 isteri dalam treler, ada yang semuda 9 tahun

Bersorak di majlis Konvokesyen suami, ini respon Neelofa