Raih RM50000 dengan jual pokok je, wanita dakwa lagi ‘untung’ dari emas ramai tak tahu

Setiap individu mempunyai cara dan strategi tersendiri dalam membuat pelaburan kewangan.

Pada masa kini, pelaburan emas dan matawang kripto menjadi pilihan popular di kalangan orang ramai.

Namun, ada seorang wanita yang mempunyai pandangan berbeza kerana beliau menganggap menjual pokok lebih ‘menguntungkan’ daripada membeli emas.

Raih RM50000 dengan jual pokok je, wanita dakwa lagi 'untung' dari emas ramai tak tahu

Beliau membuat kenyataan ini apabila salah seorang pelanggannya menghasilkan keuntungan sebanyak RM50,000 setelah menjual semula pokok yang dibeli daripadanya pada harga RM24,000 pada November tahun lalu.

Tindakan ini mencetuskan kontroversi di kalangan netizen yang mempersoalkan cara beliau membandingkan ‘keuntungan’ pelaburan pokok dengan emas.

Ramai netizen tidak percaya bahawa seseorang sanggup membeli pokok dengan nilai yang mencapai RM80,000. Mereka menganggap harga tersebut terlalu tinggi dan mahal.

Wanita tersebut menjelaskan bahawa harga semasa sedaun pokok Philodendron Billietiae berkisar antara RM12,000 hingga RM15,000. Oleh itu, pelanggannya berjaya meraih keuntungan sehingga RM50,000 dengan menjual satu pokok tersebut.

Walaupun terdapat kontroversi, beberapa netizen mengakui bahawa harga sedaun pokok ini memang boleh mencapai puluhan ribu ringgit atau lebih.

Menurut carian The Vocket, pokok Philodendron Billietiae ini mempunyai ruang permukaan berwarna hijau terhad berbanding pokok lain, yang mengganggu proses fotosintesis untuk menghasilkan ‘makanan’ bagi pertumbuhan dan pembaikan pokok ini.

Dengan proses penjagaan yang rumit dan tempoh pembesaran yang lambat, harga pokok jenis Philodendron Billietiae menjadi tinggi di kalangan peminat pokok. Secara mudahnya, semakin besar saiz daun pokok ini, semakin tinggi harganya.

BACA:Jangan letak tepung lepas kena minyak panas! ini cara yang lebih selamat