Ragam adik beradik ni cakap arab bila berdebat tarik perhatian netizen

Ragam adik beradik ni cakap arab bila berdebat tarik perhatian netizen.Mempunyai adik beradik yang ramai pasti sangat menyeronokkan kerana suasana akan kecoh serumah jika semua berkumpul. Walaupun masing-masing sudah berkahwin dan hanya sekali sekala dapat berjumpa, hubungan akrab sesama sendiri sudah tentu tidak dapat dipisahkan.

Seperti baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kemeriahan adik-beradik yang balik berkumpul di rumah keluarga mereka telah bergurau dalam bahasa Arab mencuri tumpuan.

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 36 saat yang dikongsi oleh @aisyah_ariffin, kelihatan dia dan adik beradiknya sedang berkumpul di ruang tamu rumah ibu bapa mereka sambil bergurau senda.

Ragam adik beradik ni cakap arab bila berdebat tarik perhatian netizen

Apa yang menarik perhatian adalah apabila abang-abangnya mula berbahas dalam bahasa Arab dan sempat memberikan ilmu kepada yang lain.

Lebih menghiburkan lagi, mereka sempat mengusik adik bongsu yang hanya mendiamkan diri dan tersengih sepanjang video itu.

Namun, sebaik saja si bongsu mula membuka mulutnya dan mengeluarkan dalil, mereka semua terus terciduk dan salah seorang abangnya pantas menyalam tangannya tanda bangga kerana dia juga boleh berkongsi ilmu.

@aisyah_ariffin abah naik tidur jah ,tibaaa semua naik syeikh. dari kelas seni jadi kelas arob. 😆 #12bersaudara ♬ original sound – Aisyah Ariffin

lihat video

@aisyah_ariffin Reply to @emmahokmi adik bongsu km ni, banyak diam. tapi kalau dia bubuh ayat, terduduk semua 🤣 #12bersaudara #adikkesayangan ♬ original sound – Aisyah Ariffin

“Boleh bukak kelas bahasa Arab dah ni, haha macam-macam perangai. Sekali keluar ambik kau, macam baca kitab dah member tu” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah pun meraih 710.4K tontonan, 75.1K tanda suka serta 1K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara mereka adik beradik bergurau sambil menyelitkan ilmu.

BACA JUGA : Rapat betul Hairul dengan Vincent Tan,Netizen tanya ada apa-apa ke?

Lelaki ini cipta dapur gas memasak menggunakan air

Kecoh Wan Sharmila pengganti Siti Sarah, Syazwan pula nak jadi Imam selebriti itu