Putrajaya jadi tempat longgok kereta buruk, ini sebabnya

Putrajaya jadi tempat longgok kereta buruk, ini sebabnya

Putrajaya jadi tempat longgok kereta buruk, ini sebabnya. Ambil jalan mudah. Itu tindakan pemilik kenderaan buruk yang sengaja meninggalkan kenderaan mereka di petak pakir kuarters kerajaan sehingga menimbulkan pemandangan buruk di pusat kerajaan di sini.

Pengarah Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya (PPj),Mohd Ali Jusoh berkata, kenderaan yang mempunyai pemilik itu kebanyakannya sudah rosak dan dibiar tersadai kerana memerlukan kos tinggi untuk dibaiki.

Menurutnya, walaupun sudah diberikan notis, pemilik lebih rela kenderaan mereka ditunda bagi menjimatkan kos mengalihkan sendiri kenderaan terbabit.

Katanya, semenjak 2016 PPj dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sudah menunda lebih 400 kenderaan tersadai.

“Daripada jumlah yang ditunda itu hanya satu dan dua pemilik sahaja yang menuntut kenderaan mereka semula dan selebihnya telah dilupuskan menjadi besi buruk dengan kos anggaran RM100,000,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi Menunda Kereta Buruk Terbiar dan Tersadai di kuarters kerajaan di Presint 14 di sini hari ini.

Putrajaya jadi tempat longgok kereta buruk, ini sebabnya

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Bahagian BPH, Mohd Shahrul Nizam Mohd Salleh dan Penolong PengutkuasaPPj, Musa Ahmed.

Mohd Ali berkata, pemilik kenderaan sudah diberikan notis tiga bulan lebih awal termasuk membuat siasatan dengan pihak bank, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurutnya, sekiranya pemilik masih berdegil dan tidak dapat dihubungi sepanjang tempoh ditetapkan untuk mengalihkan kenderaan tersebut baharulah tindakan tunda dijalankan.

Katanya, pemilik kenderaan yang ditunda diberi tempoh selama enam bulan untuk menuntut semula kenderaan mereka

dengan membayar upah tarik RM100, kompaun RM150 dan bayaran simpan kereta RM10 sehari.

“Pada tahun lalu PPj sudah melupuskan 60 buah kenderaan menjadi besi buruk dengan kos RM16, 00 bagi memberi pendidikan kepada penghuni kuarters menggunakan kemudahan pakir dengan sewajarnya,” katanya.

Mohd Ali berkata, selain Presint 14 operasi hari ini sudah mengenal pasti 30 kenderaan buruk yang akan ditunda membabitkan Presint 15 dan Presint 9.

Katanya,operasi secara kerjasama dengan BPH ini akan diteruskan dari masa ke semasa membabitkan 33 blok kuarters kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam kalangan penduduk dan mengelak unsur tidak sihat di kawasan kejiranan.

“Operasi ini juga bertujuan memupuk semangat dan sikap penduduk daripada mementingkan diri sendiri dengan menyalahgunakan kawasan pakir yang terhad,”katanya.

BACA:

Padah belasah isteri & anak kerana tak beli rokok, lelaki dipenjara 9 tahun

Undang-undang haram seks luar nikah diluluskan oleh parlimen Indonesia

Mahkamah Rayuan Putuskan Undang-Undang Kunci Tayar MPKB Tidak Sah