Punca sebenar Siti Bainun naik hantu dengan Bella terdedah

Punca sebenar Siti Bainun naik hantu dengan Bella terdedah. Saksi memberitahu, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mula tidak sukakan remaja istimewa iaitu adik Bella itu berpunca dari satu kejadian iaitu menarik langsir hingga tercabut besinya.

Menurut saksi kelima iaitu Yasmin Nahar, bermula dari situ dia mula memarahi Bella hingga memukulnya dengan teruk, namun lupa tarikh kejadian itu terjadi.

Dalam pada itu, dia turut disuruh oleh Siti Bainun untuk menanggalkan keseluruh pakaian yang dipakai oleh Bella sebelum diikat, lalu disiramkan dengan air panas.

Siti Bainun marah sebab Bella tarik langsir

Melalui laporan Berita Harian, Yasmin ada membuat keterangan kelmarin, memberitahu Siti Bainun mendera Bella hampir setiap hari selama empat bulan dan ia bermula pada bulan Mac 2021 sehingga 24 Jun 2021.

Namun, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dilakukan buatnya iaitu mendera remaja Down Syndrome itu sehingga dirinya mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Isu berkaitan adik Bella terhadap kes penderaan yang dialaminya terus hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini. Menurut tinjauan kami di laman twitter, tanda pagar #justiceforbella kembali menjadi trending nombor satu.

Ia bermula selepas seorang pengguna twitter dengan menggunakan nama Bomoh Bursa berkongsi sebuah catatan tentang pengalamannya berada di Mahkamah mendengar kes penderaan Bella. Beberapa fakta baru terungkap yang mengejutkan ramai orang.

Tiada Liputan Media: Menurut pengguna twitter ini yang menggelarkan diri dengan nama ‘Tok’ menulis, tiada media yang hadir ketika perbicaraan dan tiada media yang membuat liputan.
Di dera dalam jangka masa yang lama: Dalam hantarannya itu juga menulis, saksi ke 2,3,4 ialah doktor-doktor pakar yang merawat Bella mengesahkan Bella telah didera dalam jangka masa yang lama. Ada parut dan luka lama akibat disimbah air panas, ada juga luka dan parut akibat ditekap dengan alat panas seperti seterika. Luka kepala disiram air panas. Lebam pada tubuh disebabkan disepak atau dipijak. Bella ada kecederaan kerana mungkin dipijak orang bertubuh besar. Kecederaan Bella yang tidak dirawat menyebabkan terkena jangkitan dan setelah sembuh terdapat parut yang sangat mengerikan.

Bella Mengalami Trauma yang dahsyat: Tambahnya lafi, salah seorang doktor telah mengesahkan yang Bella telah mengalami trauma yang sangat dahsyat termasuk mentalnya. Bella akan mengalami mimpi-mimpi ngeri didera yang tidak diketahui bila akan hilang.

Mangsa Menggelupur Kesakitan: Ketika perbicaraan, pengadu utama dan juga saksi utama iaitu Yasmin atau SP 5 telah memberikan keterangan bahawa OKT mengarahkan beliau untuk memegang Mangsa dan kemudiannya OKT akan simbahkan air yang panas menggunakan cawan plastik IKEA pada badan Mangsa.

Mangsa terus menggelupur dalam kesakitan. SP 5 kemudian menambah, bahawa OKT telah melakukan tindakan yang sama tersebut melebihi lima (5) kali terhadap Mangsa dan setiap kali perbuatan tersebut dilakukan, SP 5 telah dipaksa untuk memegang Mangsa. Pernah SB suruh SP 5, bersama beberapa anak-anak jagaan OKT yang lain untuk mengikat Mangsa. Setelah itu, OKT akan menolak Mangsa menyebabkan Mangsa jatuh dan kemudian SP 5 dan anak-anak yang lain disuruh untuk mengangkat semula Mangsa dan OKT kemudiannya bertindak untuk simbah air panas pada badan Mangsa.

Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas: SP 5 kemudiannya menyatakan terdapat 1 hari kejadian dimana Mangsa telah diikat tangan dan kaki didalam tandas. OKT telah bertindak memandikan Mangsa dengan air yang telah dipanaskan ‘heater’ dan kemudian OKT akan mengarahkan SP 5 untuk mengambil air panas ‘cuckoo’ untuk diberikan kepada OKT dan kemudian OKT akan simbah lagi pada badan Mangsa.

Mangsa Dibogelkan: Mangsa dibogelkan dan menggelupur lemah, minta tolong dan keletihan. Tertuduh larang orang lain tolong mangsa.

Badan Mangsa berbau busuk: SP 5 turut menyatakan bahawa badan Mangsa berbau busuk akibat daripada kesan dan luka-luka yang telah bernanah sehinggakan jikalau Mangsa ditempatkan didalam bilik, seluruh bilik tersebut boleh dipenuhi dengan bau Mangsa.

Dipaksa Makan Cili: Antara kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan Cili. SP 5 menyatakan OKT telah memaksa Mangsa untuk memakan sebanyak dua puluh (20) biji cili yang telah dihancurkan. Kemudian OKT sendiri telah menyuapkan pada Mangsa cili-cili hancur tersebut. Andai Mangsa enggan, OKT akan tonyoh pada mata Mangsa. Mangsa juga pernah memakan makanan yang telah dicampur gaul dengan sisa makanan penghuni lain dalam premis tersebut.

Mangsa Dipaksa Makan Najis: Kemudian terdapat kejadian lain yang berlaku pada Mangsa melibatkan najis, Mangsa pernah terberak di ‘laundry’ dalam premis. OKT telah memarahi Mangsa dan kemudian OKT telah menyuruh Mangsa mengutip semula najis tersebut dan kemudian OKT telah memaksa Mangsa makan. Kemudian apabila Mangsa telah termuntah akibat memakan najis tersebut OKT akan menyuruh lagi Mangsa untuk memakan muntah beliau digaul bersama dengan najis sehingga habis.

Menurut tinjauan kami menerusi laman twitter, ada di antara mereka yang tidak berpuas hati kerana terhadap pengasas Rumah Bonda yang masih lagi terlepas dari hukuman. Ini kerana, mereka mahu pengasas Rumah Bonda ditahan kerana disyaki mendera adik Bella.

Antara komen lain netizen,

Tersentuh N Luluh Hati Melihat… Semoga Adik Ini Diberi Kesihatan Dan Kesembuhan.. Kembali Ceria Spt Kanak2 Lain… Mendapat Pembelaan Sewajarnya Agar Si Pendera Mnerima Hukuman Yg Setimpal..

Ya Allah Sakitnya Dia ….Ya Allah X Tau Nk.Ckp Apa Manusia Dibuat Mcm.Binatang Smg Mdpt Balsan Setimpal

Allahuakbar Ya Allah….Luluh Hati Aku Tgk Video Ni..Semoga Bella Dpt Pembelaan Yg Sepatutnya…Jgn Biaq Org Yg Kejam Ni Terlepas..Allah Ada Xtidur Xlena..Kau Tunggu Balasan Dari Allah

Teringat Pulak Si Bainun Tu Dulu Penah Masok Whi Nangis2 Cakap Die Ikhlas Jaga Anak2 Tu Semue. Nampak Baik Pulak Ea Mase Tu.. Manusia Pandai Berpura Pura..

Satu Jer Nk Cakap, Si Pelaku Gemuk JAHAT.. Semoga Mendapat Pembalasan Yg Setimpal Dunia Dan Akhirat, Sgup Dia Dera Ank Syurga.

Lps Vdeo Ni Bdk Tu Ddk Mn? Ltk Situ Lg Ke? Npk Mcm Kuat Lg..Meninggal Kt Mn?Binatang Gemok Tu Partner Dia Xkne Tngkap Ke? Jgn Gantung Org Mcm Ni Bia Dia Ddk Pnjara Smp Mampos Dgn Sebat

Siti Bainun ordered me to bite Bella’s tummy.”: Witness

Tak Sanggup Nk Buka Dn Tengok…Akan Ada Balasan Yg Setimpal Utk Dia Nnti Didunia Dn Akhirat…Tu Ja Tau Kata.

Yg Rakam Ni Ibu Kandung Ke…Dh Brpa Lama Tggl X Jenguk Smpai Dh Jd Cmni Br Dpt Track.. Bia Pun Die Sindrom.. Tp Die Bijak Org Ckp Smua Die Paham Nk Balas….. Yaallaahhhhhh

Cerdik Sgt Bella Ni…Apa Yg Org Tanya Dia Boleh Jawab!JDI Nya Si Bainun Tu Mmg X Boleh Nk Pusing Dah..

Patut Pundek2 Dalam Rumah Tu Kena Hukum Sekali, Mmang Tak De Hati Perut.. Elok Muka Kau Viral Sekali Macam Gemok Haram Tu.. Baru Tak Berlaki Kau

Orang Yg Dera Bella Ni Mmg Kejam,Aku Rasa Nk Je Pi Pukul Org Tu,Mmg Betul² Setan Bertopeng Kan Manusia!!! Bella Anak Baik,Anak Yg Cerdik,Anak Syurga,Org Dekat Luar Byk Yg Doa Kan Bella…

Mmg Tak Sanggup Tgok Keadaan Tubuh Bdn Bella,Mcm Mana Sipelaku Boleh Tak Rasa Apa2 ,Mmg Hairan.Dahlah Adik Bella Jnis Istimewa,Tidak Mampu Bertahan Jikalau Sesiapa Nk Mngapa Apakan Dia.Inshaallah Selama Ini Apabila Adik Bella Didera,Jeritan Kesakitan Beliau Dan Doa Dlm Diam ( Dalam Beliau Tidak Bijak Bersuara Itu ), Allah Dgar Dan Terbongkar Rahsia Mngenai Penderaan Beliau.Semoga Kes Ini , Kemenangan Dipihak Adik Bella Akhirnya SB Kabel Siti Bainun Itu Kuat.Semoga Dipermudahkn

Kes Adik Bella Masih Dalam Siasatan

Terdahulu, Adik Bella yang mengalami sindrom Down berusia 14 tahun dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota. Kisah menyayat hati itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Bella sehingga trending tanda pagar #JusticeFOrBella di twitter

Punca sebenar Siti Bainun naik hantu dengan Bella terdedah

Hak penjagaan individu yang sebelum ini diberi kebenaran untuk menjaga seorang kanak-kanak orang kelainan Upaya (OKU) dilucutkan serta-merta atas perintah mahkamah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan intervensi untuk menghentikan hak penjagaan kepada orang yang layak dan sesuai terhadap adik Bella, 13, yang kini di bawah jagaan JKM.

“Kita akan terus memantau adik Bella, bukan sahaja dari segi kesihatannya malah dari segi emosi, agar dia boleh kembali sihat seperti biasa termasuklah daripada segi fizikal, mental dan emosi.

“Dia (Bella) sebelum ini memang di bawah jagaan JKM, tetapi apabila ada permohonan daripada individu yang dirasakan layak dan sesuai, maka diluluskan kebenaran atas perintah mahkamah, semuanya berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Hak penjagaan Siti Bainun didengar 14 September

“Malah pada Februari lalu, JKM ada melawat adik ini, dan masa ketika itu dia sihat, sehinggalah kisahnya terbongkar dan videonya tular di media sosial. Kanak-kanak ini diberi hak penjagaan kepada individu yang layak sahaja, bukan melalui pertubuhan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kanak-kanak OKU yang disyaki didera dan berjaya diselamatkan di Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah Seremban milik JKM, pada Khamis.

Dalam pada itu, Rina turut memberitahu status rumah penjagaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kanak-kanak serta wanita di Wangsa Maju itu, masih dalam proses pendaftaran dengan JKM.

Katanya, pegawai JKM akan memantau di rumah jagaan tersebut setiap hari, bagi memastikan beberapa penghuni yang masih berada di situ berada dalam keadaan baik.

BACA: 

KWSP : Orang ramai kongsi berita gembira di media sosial, dah warna hijau dah

TMJ akan bantu tegakkan keadilan untuk adik Bella