Punca kucing suka tidur dengan anda setiap malam

Punca kucing suka tidur dengan anda setiap malam.Kehadiran kucing dalam rumah pasti memberikan rasa bahagia kepada pemilik dan pencinta kucing.

Bukan sahaja dibiarkan bermain bebas dalam dan luar rumah, malah pencinta kucing pasti membenarkan kucing mereka tidur bersama-sama diatas katil setiap malam.

Dalam kebanyakkan kes, si manja akan menyelinap masuk ke dalam atau celah bahu untuk tidur bersama-sama anda setiap malam, meskipun kita sudah sediakan tempat tidur buatnya.

Kenapa ia berlaku?

Memetik laporan Verst, terdapat beberapa sebab yang menyebabkan kucing anda gemar untuk tidur bersama anda setiap malam.

Punca kucing suka tidur dengan anda setiap malam

#1 Tidur bersama anda memberikan mereka tahap keselamatan dan perlindungan tambahan seandainya mereka diserang oleh pemangsa pada waktu malam. Kucing anda percaya anda bukan satu ancaman dan mampu melindungi mereka jika perlu.

#2 Tubuh badan anda memberikan rasa hangat dan sesuai untuk dijadikan tempat tidur mereka.

#3 Kucing merupakan haiwan yang sangat teritorial. Oleh itu, mereka menganggap katil anda sebagai sebahagian daripada wilayah mereka. Mereka juga akan menandakan wilayah mereka dengan menggosok kepala dan berjalan diatasnya. Maka dengan tidur bersama anda sebenarnya ia sedang menunjukkan bahawa anda dan katil itu adalah miliknya.

#4 Tidur bersama anda juga tanda persahabatan. Mereka suka dan mempercayai anda dan menganggap anda sebagai teman tidur yang disukai.

Dengan cara tidur bersama anda, kucing anda sebenarnya sedang menunjukkan bahawa mereka menikmati setiap detik dan ingin meluangkan masa lebih dengan anda.

BACA:

Setelah disahkan bercerai, ini komen Ellie Suriaty terhadap Azri

Profesor ini dedah keris Taming Sari benar-benar wujud, kini berada di tangan…

Kes terjun sungai Kelantan, isteri dedah apa yang berlaku pada suami

COMMENTS

Wordpress (0)