PU Azman bakal ada kes seksual lagi

PU Azman bakal ada kes seksual lagi

PU Azman bakal ada kes seksual lagi. Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Azman, dijangka berdepan pertuduhan kes seksual di mahkamah di sini, pagi ini.

Mahkamah Sesyen Ampang menjadi mahkamah ketiga Azman Shah, 41, didakwa selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Klang dan Mahkamah Sesyen Seremban masing-masing pada awal bulan ini serta Oktober lalu.

PU Azman yang memakai baju kurta biru dan berseluar kelabu diiringi beberapa peguamnya dan anggota polis dilihat memasuki lobi Mahkamah Ampang, pada jam 8.55 pagi.

PU Azman bakal ada kes seksual lagi

Pendakwah selebriti itu kelihatan tenang ketika dirakam foto dan video oleh pengamal media yang menunggu ketibaannya sejak jam 8.30 pagi.

Sebelum ini, di Mahkamah Sesyen Klang, pendakwah selebriti terbabit didakwa atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun ini.

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun sama.

BACA:

Sultan Nazrin mahu tindakan tegas terhadap pihak racun fikiran rakyat dengan perkauman, agama

Lelaki rogol anak tiri sendiri ketika isteri sedang tidur

Sudah jarang muncul di TV, ini keadaan Salih Yaacob buat ramai terkejut