PRU tahun ini? Ini jawapan Ismail Sabri

PRU tahun ini? Ini jawapan Ismail Sabri

PRU tahun ini? Ini jawapan Ismail Sabri,/ Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berdepan tekanan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lebih awal, walaupun spekulasi kuat bertiup mengenai pilihan raya dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.

Perdana Menteri melalui temu bual eksklusif bersama Nikkei memaklumkan, kenaikan harga makanan dan kos sara hidup lain antara sebab untuk beliau menangguhkan PRU-15.

“Kita perlu menunggu masa sesuai (untuk memanggil pilihan raya). Kita kini menghadapi tempoh inflasi yang meningkat dengan harga yang tinggi, adakah anda fikir ini masa yang sesuai (untuk pilihan raya)?” katanya di luar persidangan Nikkei’s Future of Asia di Tokyo minggu lalu.

Ketika ini pemimpin dalam UMNO yang disertai Ismail Sabri menggesa PRU-15 disegerakan, namun Perdana Menteri berkata pilihan raya tidak sepatutnya diadakan sehingga negara dapat mengekang inflasi, didorong sebahagiannya oleh kesan global perang di Ukraine.

Ismail Sabri, yang turut bercakap dengan Nikkei mengenai implikasi geopolitik pencerobohan Russia ke atas Ukraine, adalah perdana menteri ketiga negara sejak PRU-14 pada 2018.

Kebangkitannya menandakan UMNO kembali berkuasa selepas ia kalah dalam PRU-14 kepada gabungan Pakatan harapan (PH) diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kini UMNO yang kembali menerajui negara berusaha mengukuhkan kedudukan parti sebagai teraju pentadbiran negara.

PRU tahun ini? Ini jawapan Ismail Sabri

PRU tahun ini? Ini jawapan Ismail Sabri

Ketika ditanya mengenai desakan menyegerakan PRU-15, Ismail Sabri menjawab pilihan raya tidak boleh ditangguhkan lebih jauh daripada garis masa ditetapkan dalam Perlembagaan, tetapi untuk membuatnya lebih awal, kita perlu melihat keadaan semasa.

“Insya Allah, saya akan lakukannya (umum PRU-15) pada masa yang sesuai,” katanya ketika ditanya mengenai garis masa penganjuran pilihan raya.

Ismail Sabri menegaskan, beliau adalah ‘orang parti’ dan perlu mematuhi keputusan UMNO serta Kabinet, di mana di bawah Perlembagaan, Kabinet mesti meluluskan keputusan untuk menasihati Raja bagi membubarkan Parlimen.

Perdana Menteri berkata, UMNO harus melihat keadaan semasa berhubung kenaikan harga makanan dan kos sara hidup sebelum bergegas menganjurkan pilihan raya.

Sementara itu, Ismail Sabri mempertimbangkan langkah ekonomi yang mungkin dilihat pengguna sebagai menambah beban kos sara hidup mereka iaitu memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, kerajaan berminat mengembalikan GST kerana cuba mengembangkan asas pendapatannya dan menanggung beban subsidi awam.

Malaysia beralih kepada GST ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada April 2015, namun kadar pukul rata 6 peratus dikritik hebat pembangkang dan kumpulan pengguna, sekali gus menyumbang kepada kekalahan parti itu pada melalui PRU-14 2018.

Mahathir yang mengambil alih pentadbiran selepas PH menerajui kerajaan melalui PRU-14, membatalkan GST sebagai memenuhi janji pilihan raya.

Ismail Sabri memaklumkan Nikkei bahawa kerajaan sedar tentang persepsi negatif terhadap GST, tetapi mempunyai pilihan terhad untuk menambah tabung Persekutuan.

“Kami kehilangan RM20 bilion (kira-kira AS$4.6 bilion) hasil tahunan apabila memansuhkan GST dan menggantikannya dengan cukai jualan dan perkhidmatan lama.

“Tiada negara di dunia yang kembali daripada GST kepada SST, kecuali Malaysia,” katanya.

Kini, beliau berkata, kerajaan akan merangka cara untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan GST dan kutipan cukai yang telus.

“Jika kita akan memperkenalkan semula GST, kita perlu mendidik rakyat untuk menerimanya,” katanya sambil menambah kerajaan akan menyasarkan untuk kadar tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat, tetapi tidak terlalu rendah sehingga ia menggagalkan tujuan mengembangkan hasil cukai.

Bank Negara baru-baru ini menyokong idea memulakan semula GST, kerana dengan berbuat demikian akan meringankan beban kewangan ditanggung kerajaan.

Memandangkan pencerobohan Russia ke atas Ukraine terus menaikkan harga bahan api dan barangan keperluan makanan import, ia berkemungkinan menjejaskan kewangan kerajaan, meningkatkan keperluan untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan.

Jumlah bil subsidi bahan api kerajaan dijangka RM28 bilion (AS$6.4 bilion) untuk tahun ini, peningkatan mendadak daripada RM11 bilion yang dibelanjakan pada 2021.

Selain petrol dan diesel, kerajaan memberi subsidi untuk minyak masak, gula, tepung dan gas asli cecair.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sedang mengusahakan program rasionalisasi subsidi bertujuan menyediakan bantuan yang disasarkan kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, dengan pelan komprehensif akan dikemukakan kepada Kabinet untuk pertimbangan tidak lama lagi.

BACA: 

Pilot ini ‘check in’ hotel dengan pramugari, sekali kantoi dengan bini

Parking kereta tengah jalan kemudian main phone, tindakan wanita ini undang kecaman