PRN Melaka : Perikatan Nasional lengkap untuk Islam dan bangsa lain

PRN Melaka : Perikatan Nasional lengkap untuk Islam dan bangsa lain

PRN Melaka bakal membuka lembaran baru buat rakyat khususnya di negeri Melaka apabila Perikatan Nasional sepakat untuk bertanding di semua 28 kerusi yang dipertandingkan.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah menyatakan Bersatu, PAS dan Gerakan bakal membentuk satu pasukan yang mantap bagi menghadapi PRN Melaka.

Ini susulan, kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak akan kompromi dengan Bersatu bagi kerusi yang ditandingi.

Persoalan yang bermain difikiran akar umbi UMNO yang mempersoalkan kesetiaan PAS dalam Muafakat Nasional yang telah dimeterai beberapa tahun dulu kini dikhianati.

Namun, bagi rakyat yang sebelum ini berada di atas pagar melihat Perikatan Nasional lengkap dengan idealogi yang mampu menarik minat mereka untuk mengundi Perikatan Nasional.

Bersatu yang telah terbukti mampu menarik sokongan pengundi melayu pada PRU14 serta memenangi hati rakyat di Sabah diyakini akan terus menjuarai isu rakyat disamping, Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu adalah bekas Perdana Menteri Malaysia. Pelan Pemulihan Negara yang diasaskannya dianggap berjaya.

PAS tidak asing bagi mereka yang mengimpikan Islam yang tertegak di bumi Malaysia mampu menarik sokongan asatizah. Ketokohan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mampu untuk membuka fikiran dan mempengaruhi mereka untuk mengundi Perikatan Nasional.

Namun cabaran terarah kepada Gerakan yang akan bersaing bersama DAP dan MCA serta MIC. Tidak banyak yang boleh diharapkan kepada Gerakan, namun strategi media sosial sebagai kempen dan atas faktor nama Perikatan Nasional serta Muhyiddin, Gerakan mampu mencipta kejutan.

COMMENTS