PRN Melaka : BERSATU sambut baik keputusan PAS guna lambang PN

PRN Melaka : BERSATU sambut baik keputusan PAS guna lambang PN

Keputusan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka membuktikan keyakinan parti itu terhadap wadah perjuangan gabungan tersebut.

Naib Presiden Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, ini kerana PN merupakan satu tawaran baharu kepada rakyat pelbagai kaum dan akan memberi perkhidmatan terbaik.

“Kita (akan) sentiasa bekerjasama dan bermesyuarat bagi memastikan jentera dapat digembleng secara maksimum untuk memastikan prestasi PN pada PRN dapat mencapai tahap membanggakan,” katanya menurut laporan Bernama.

Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang memaklumkan parti itu akan menggunakan lambang PN bagi menghadapi PRN Melaka selepas perkara tersebut diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Mohd Rafiq, yang juga Pengerusi PN Melaka, ketika mengulas mengenai calon yang akan diketengah parti itu berkata ia akan diumumkan oleh Pengerusi Muhyiddin Yassin.

COMMENTS