PRN Melaka : Anak Yang di-Pertua Negeri Melaka disebut antara calon UMNO

PRN Melaka : Anak Yang di-Pertua Negeri Melaka disebut antara calon UMNO

Anak kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam antara yang disebut-sebut sebagai calon PRN Melaka.

Mohd Ridhwan Tun Mohd Ali merupakan Ketua Bahagian UMNO Hang Tuah Jaya antara muka baru bakal yang menjadi taruhan UMNO bagi DUN Pengkalan Batu yang mana di bawah Parlimen Hang Tuah Jaya.

DUN Pengkalan Batu sebelum ini dimenangi calon Pakatan Harapan, Norhizam Baktee yang terkenal dengan isu babi dengan majoriti 2,756 undi.

Norhizam menjadi kontroversi selepas keluar daripada DAP dan menyokong Perikatan Nasional. Kemudian beliau sekali lagi bertindak menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, 8 Nov penamaan calon dan 16 Nov tarikh undi awal.

COMMENTS