Presiden Umno gesa MPN yang dipengerusikan Muhyiddin dibubarkan

Presiden Umno gesa MPN yang dipengerusikan Muhyiddin dibubarkan

Presiden Umno gesa MPN yang dipengerusikan Muhyiddin dibubarkan.Majlis Pemulihan Negara (MPN) kini sudah tidak berkesan dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini kerajaan untuk menangani masalah-masalah rakyat dengan wujudnya Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

Menurut Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kewujudan MPN yang dipengerusikan bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dari awal lagi tidak membuahkan hasil dan berfungsi hanya sebagai penasihat kepada kerajaan.

“Bagi saya, Kerajaan Persekutuan perlu sedar bahawa dengan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini, MPN yang dipengerusikan Muhyiddin tidak lagi berkesan, tidak perlu dan bercanggah dengan usaha-usaha terkini kerajaan untuk menangani masalah-masalah rakyat,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau.

Katanya fungsi tersebut sebenarnya boleh dan sedang dilakukan oleh badan-badan pemikir berkaliber seperti Khazanah Research Institute (KRI) dan badan-badan pemikir lain yang sekian lama bergiat aktif dalam memberi nasihat serta syor kepada kerajaan.

Malah Presiden UMNO itu turut mendakwa MPN hanyalah platform untuk memberikan Muhyiddin peluang bagi menaikkan imej diri sendiri serta parti beliau.

Presiden Umno gesa MPN yang dipengerusikan Muhyiddin dibubarkan

“MPN Negara sudah gagal. Sudah tiba masanya Kerajaan membubarkan sahaja majlis ini dan memberikan kelapangan kepada kementerian-kementerian dan menteri-menteri daripada melayan dan menghadiri mesyuarat majlis yang tidak berkesan ini.

“Saya ingin menasihati Muhyiddin untuk menggunakan platform berlainan bagi menyumbang idea dan saranan sebagai Mantan Perdana Menteri, seperti menerusi Yayasan Kemimpinan Perdana bersama-sama Tun Dr. Mahathir. Itu lebih elok,” katanya.

BACA:

Jimat dan kemas : Guna PVC Edging balut pintu pagar

Didakwa terlalu seksi, ini jawapan Emma Maembong

Rupanya yang pegang watak lelaki British ini bukan calang-calang