Presiden PAS disiasat Polis kait PM ejen Israel

Presiden PAS disiasat Polis kait PM ejen Israel

Presiden PAS disiasat Polis kait PM ejen Israel. Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, siasatan dilakukan selepas menerima laporan polis berkenaan tuduhan itu.

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Presiden PAS disiasat Polis kait PM ejen Israel

“Kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, Anwar Ibrahim sudah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mengaitkannya sebagai ejen Israel.

Namun begitu, dia tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai laporan polis tersebut.

BACA:

Excited pergi kedai viral, penyudahnya 2 jam kena sidai

Nabila Razali kahwin senyap-senyap? Tular gambar ini

Miliki hanya satu kaki sejak lahir, kesungguhan adik ini ke sekolah dapat pujian