‘Prank’ pengsan sebab panas, reaksi guru mengejutkan ramai

‘Prank’ pengsan sebab panas, reaksi guru mengejutkan ramai. Kebiasaannya, tujuan melakukan prank adalah untuk meraikan hari jadi, anniversary dan bachelorette party.
Namun, berbeza pula dengan prank yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar perempuan ini kepada cikgu mereka telah meraih tumpuan ramai.
Satu kelas buat-buat pengsan lepas mengadu panas
Menerusi video yang dimuat naik oleh @dinottt00, kelihatan sekumpulan pelajar sekolah vokasional itu sedang berdiri beramai-ramai di depan cikgu mereka.
Namun, sebaik saja salah seorang daripada mereka bertanya kepada rakan kelas yang lain sama ada berasa panas atau tidak, tiba-tiba mereka dengan serentak rebah di tempat masing-masing.
Apa yang menghiburkan adalah apabila reaksi cikgu mereka yang spontan melompat dari tempat duduk dan menjerit akibat terkejut melihat satu kelas pengsan. Beberapa saat kemudian, mereka semua tergelak kerana prank tersebut menjadi.
“Untung korang cikgu boleh gurau. Zaman kami dulu cikgu pagi-pagi pun dah macam malaikat maut dia punya seram. Haha” – Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 3M views, 298.4K likes dan 3.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi cikgu mereka.
BACA:
Tindakan Shuib derma senyap-senyap dihidu netizen, ini yang berlaku selepas itu
Maybank tawar bayar bil anda selama setahun, ini syarat dan cara mohon