Pondok usang menanti untuk roboh, nasib 7 beranak tidak menentu

Pondok usang menanti untuk roboh, nasib 7 beranak tidak menentu

Pondok usang menanti untuk roboh, nasib 7 beranak tidak menentu. Satu video yang dimuatnaik oleh Youtuber Vitaminbae sekali lagi mendapat perhatian netizen.

Di dalam video yang baru dimuatnaik itu, Vitaminbae telah berkongi kisah satu keluarga yang tinggal di pondok usang yang sangat sempit yang memuatkan 7 beranak, dibina di atas laut.

Vitaminbae ( Ustaz Hasbi & Pak Dodeng ) bersama Tim Misi Asnaf Sandakan ( diketuai oleh Ustaz Saharuddin )

Berikut perkongsiannya :

Dalam perjalanan misi di salah satu penempatan di sini, hati saya tergerak untuk singgah di salah sebuah ‘rumah’ di atas air yang didiami 7 orang sekeluarga. Binaannya agak uzur namun keluarga dan anak² di rumah ini tak putus dengan senyuman kebahagiaan. Entah apa rahsia ketenangan mereka..allahu..

Pondok usang menanti untuk roboh, nasib 7 beranak tidak menentu 45

Saya pun singgah, rupanya si ibu menunggu masa untuk bersalin di dalam rumah. Namun si ibu tetap tenang kerana suaminya sentiasa berada disampingnya. Saat kita berkongsi rezeki, hanya lafaz kesyukuran yang terlafaz dari mulut keluarga ini.. 🥺

“Biar rumah sempit, tapi hati mereka yang meluaskannya..”

Vlog penuh : Vitaminbae

Masa kita sampaikan pek makanan utk penduduk dcni, lafaz terima kasih tak putus² mereka lafazkan. Walaupun mungkin hanya mampu bertahan berapa lama, itu sudah cukup besar bagi mereka. Alhamdulillah..

Kawan², jangan lupa terus mendoakan dan terus membantu saudara² kita yang diuji dengan banjir. Mudah²n Allah mudahkan urusan semuanya..

Amin..

Dilihat daripada video yang dikongsikan, pondok yang didiami 7 beranak ini sangat dhaif. Mereka hanya tidur beralaskan papan lapis yang sudah reput. Menurut cerita ibu kepada 5 orang anak ini, ketika angin kuat, mereka terpaksa keluar daripda rumah tersebut kerana khuatir rumah itu akan roboh.

Mereka hanya tidur beralaskan papan lapis yang tidak sempurna buatannya

Walaupun rumah ini hanya mempunyai satu ruang, barang-barang tetap tersusun rapi

Tuan dan Puan rumah tersenyum menyambut tetamu yang datang

Ruang dapur yang digunakan sehari-hari

Kegembiraan terpancar di wajah polos ini ketika menerima tetamu di rumahnya

Jarang menerima tetamu dari luar membuatkan anak ini kelihatan agak ‘takut-takut’

Wajah-wajah polos yang menjadi penyeri pondok ini

Allahu.. dalam keperitan hidup, senyuman tidak pernah lekang daripada mulut 7 beranak ini. Kuatnya mereka. Semoga ada sinar menanti keluarga ini.

Aamiin..

BACA:

Watak pegang bunga manggar, rupanya itulah permulaan karier Syamsul Yusof

Harga jatuh pada paras terendah 9 bulan, masa untuk miliki emas

Padah curi iPhone, polis cari sampai depan pintu rumah