Polis tampil perjelas kenapa hebahan kehilangan Zalina Azman lewat

Polis tampil perjelas kenapa hebahan kehilangan Zalina Azman lewat

Polis tampil perjelas kenapa hebahan kehilangan Zalina Azman lewat. Misteri kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman, tiada melakukan pergerakan ke luar negara ataupun menerima rawatan perubatan di mana-mana hospital, malah nombor telefon juga tidak aktif sejak dilaporkan hilang pada November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, dilaporkan berkata pertukaran maklumat itu mengambil masa dan membabitkan proses tertentu untuk mendapatkan keputusannya.

Antara hasil siasatan diperoleh oleh polis yang telah melakukan pelbagai usaha untuk mengesan Zalina atau turut dikenali sebagai Zally, termasuk saling bertukar maklumat dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Kementerian Kesihatan (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan syarikat telekomunikasi.

“Antaranya, hasil siasatan mendapati tiada pergerakan ke luar negara oleh mangsa (Zalina), malah tiada rawatan perubatan diterimanya di mana-mana hospital dan nombor telefon mangsa juga tidak aktif sejak dilaporkan hilang.

“Polis tidak melambatkan hebahan, sebaliknya kita mengambil masa untuk membuat semakan dengan beberapa agensi berkaitan dalam usaha mengesan mangsa.

Polis tampil perjelas kenapa hebahan kehilangan Zalina Azman lewat

“Ia adalah perkara biasa dalam siasatan kes orang hilang, dan hebahan ini juga membolehkan orang awam menyalurkan maklumat.

“Usaha mengesan mangsa memang ada dijalankan selama ini, cuma kita melipatgandakan lagi usaha berkenaan,” katanya.

Penjelasan diberikan Mohd Iqbal itu sekali gus menjawab persoalan ramai mengapa polis mengambil masa hingga lapan bulan sejak kehilangan mangsa sebelum membuat hebahan umum.

Media sebelum ini melaporkan polis giat mencari Zalina yang dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bahawa bapa personaliti televisyen itu dimasukkan ke hospital.

BACA:

Menggigil sambil minum air, netizen kesian lihat pak cik ni

Kecoh model hijab tidak lagi pakai tudung, rupanya ini yang berlaku

Pesawat bawa kargo berbahaya dilapor terhempas