Polis buru Safiey Illias

Polis buru Safiey Illias

Polis sedang memburu seorang individu bernama Safiey Illias yang juga pemilik akaun Instagram SafieyIllias94 dalam siasatan kes hantaran lucah di Instagram bersama kanak-kanak bawah umur.

Suspek dikenalpasti sebagai hos bersama Instagram ID ‘pipinatasha’ yang berpakaian menjolok mata dalam Instagram live yang ditonton dua kanak-kanak bawah umur dengan Instagram ID hadiff_othman07 dan sy.ahrul5387.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis oleh seorang wanita yang bekerja sebagai pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekitar jam 1.29 petang semalam.

“Pada jam 9 pagi hari ini (Rabu) semasa pengadu (pensyarah) berada di rumah di Bangi, dia melihat pautam Instagram live milik ‘safieyillias94’ yang merupakan host bersama Instagram pipinatasha berpakaian menjolok mata.

“Siasatan polis mendapati host berkenaan melakukan perbuatan yang boleh ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksual kerana melibatkan kanak-kanak bawah umur.

COMMENTS