Sebuah kampung yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan penampakan pocong.
Malam yang sunyi tiba-tiba bertukar seram apabila timbul bunyi hembusan keras menyerupai suara orang sedang bernafas dengan garau.
Hanya berdiri tegak di balik pokok, satu lembaga berbungkus putih mula menjelmakan diri untuk menganggu ketenangan manusia yang melihatnya.
Ditularkan di media sosial, pemilik video mendakwa kejadian tersebut berlaku di kawasan Felda yang terletak di Sungkai, Perak.
Ditemani dengan helaan nafas yang menyeramkan, rakaman yang mendapat 3.3 juta tontonan itu dimuat naik di laman TikTok.
@rose_alin makin kecoh. pocong merata . #felda #pocong #kisahbenar
“Kecoh satu kampung baru-baru ini. Pocong merata depa (mereka) jumpa. Lokasi di salah satu felda di Sungkai (Perak),” tulis pemilik di kapsyen video.
Menyita perhatian pengguna TikTok, rata-rata penonton mengakui bahawa itu adalah kali pertama mereka mendengar ‘bunyi’ pocong.
Namun, ada juga individu yang mengesahkan ‘bunyi’ tersebut setelah mempunyai pengalaman berdepan dengan makhluk halus itu.
“Adoi mat, baru tahu bunyi dia macam ini. Kalau bunyi macam ini tau dah lah (pocong akan datang),” kongsi seorang penonton.
“Betul, bunyi pocong memang begini. Saya pernah kena dahulu waktu menyertai kem komando.” Kongsi pengguna lain.
Akan tetapi, video lain yang turut dikongsi pemilik akaun memaparkan bahawa situasi itu sebenarnya hanyalah ‘prank’ dari penduduk kampung.