Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan tiba di sempadan Rafah untuk menghantar
Dan melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 kontena Malaysia ke Gaza pada bulan Jun ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan bahawa misi ini merupakan bukti komitmen
Dan keseriusan Kerajaan dalam membantu rakyat Palestin yang sedang mengalami kesengsaraan akibat perang di Gaza.
Beliau menyatakan, “Perdana Menteri telah memantau perkembangan di Palestin dengan rapat sejak awal.
Kami berusaha mencari waktu yang sesuai untuk melaksanakan misi ini kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
Saya ingin pastikan bahawa persiapan Kerajaan di Mesir dan sebagainya sudah lengkap sebelum beliau turun ke sana. Meskipun cabaran besar dalam keadaan seperti ini, namun dengan izin Allah, kami akan berusaha melaksanakan misi ini.”
Nik Nazmi berkata demikian semasa melancarkan Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 Kontena Malaysia ke Gaza di Kaherah pada Selasa
. Pada hari Isnin, Astro AWANI melaporkan bahawa misi tersebut telah menerima tambahan 10 kontena lagi, menjadikan jumlah keseluruhan kontena yang akan dihantar ke Gaza sebanyak 110 buah.
Menurut ketua misi, Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby, tambahan 10 kontena awal ini mengandungi 200 tan barang-barang keperluan asas yang akan dihantar melalui persimpangan Rafah ke utara Gaza, yang kini berdepan dengan kebuluran.
Barang-barang tersebut termasuk beras, tepung, minyak masak, tuna, dan kit kebersihan diri. Jumlah keseluruhan nilai kontena adalah sebanyak RM12 juta, yang dapat memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 keluarga di Gaza.
Nik Nazmi menegaskan bahawa Kerajaan akan berusaha untuk memastikan bantuan berterusan disampaikan kepada rakyat Palestin kerana situasi di Gaza kini jauh lebih teruk berbanding semasa awal peperangan pada Oktober yang lalu.
Beliau menyatakan, “Masalah kebuluran kini lebih serius kerana terdapat kerosakan tanaman dan bantuan tidak dibenarkan masuk secara besar-besaran. Namun, Kerajaan telah memberi isyarat yang jelas akan kesungguhan kami dalam membantu rakyat Palestin.”
Pada 23 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, semasa merasmikan pelepasan misi tersebut, mengesahkan komitmen Malaysia dalam membantu Gaza.
Beliau menyatakan bahawa Perdana Menteri sendiri telah menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, bagi memudahkan proses penghantaran misi tersebut.
Perang di Gaza telah memasuki fasa kritikal, dan Israel telah menyerang Rafah, meningkatkan risiko kepada jumlah korban Palestin yang telah melebihi 34,000 mangsa sejak 7 Oktober tahun lalu
. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran tentang krisis kebuluran dan penyakit berjangkit yang merebak akibat kekurangan makanan dan keperluan asas, termasuk kebersihan diri di Gaza.
BACA: Berlaku di Malaysia! Tak bayar hutang pemadam, budak 9 tahun terpaksa jadi hamba s*ks