PM umum pengecualian bayaran balik PTPTN kepada golongan ini

PM umum pengecualian bayaran balik PTPTN kepada golongan ini

PM umum pengecualian bayaran balik PTPTN kepada golongan ini. Kerajaan telah bersetuju akan memberikan semula pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada siswazah Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, yang menamatkan pengajian mereka bermula dari 2019.

Memetik laporan Perdana Menteri berkata keistimewaan itu akan diberikan kepada siswazah yang layak tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Justeru itu, beliau berharap PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan perkara itu dari segi peruntukan yang terlibat.

PM umum pengecualian bayaran balik PTPTN kepada golongan ini

“Ini sebagai dorongan kepada anak-anak Keluarga Malaysia untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka,” katanya.

Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN di Pusat Pameran dan Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) (MECC) di sini hari ini.

BACA:

Jawatan kosong di Petronas, ini senarai kekosongan dan cara mohon

‘Sultan Pemurah’ pandu Lamborghini, cetus spekulasi ini orangnya…

Ini beza Perodua Alza dengan Toyota Veloz