Pintu sempadan China masih belum dibuka, Malaysia belum terima pelancong China

Pintu sempadan China masih belum dibuka, Malaysia belum terima pelancong China

Pintu sempadan China masih belum dibuka, Malaysia belum terima pelancong China. Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) belum menerima maklumat secara rasmi mengenai tarikh jangkaan kedatangan pelancong dari China ke negara ini.

Timbalan Presidennya, Mohd Akil Mohd Yusof berkata, bagaimanapun katanya, pelancong dari China dijangka akan segera melancong ke luar negara termasuk Malaysia sebaik pintu sempadan negara mereka dibuka.
“Semua sedia maklum bahawa rakyat China suka melancong dan kita yakin, mereka akan keluar sebaik sahaja pintu sempadan dibuka setelah lebih dua tahun terkurung akibat COVID-19.

“Malah, MATTA juga telah sedia sepenuhnya untuk menerima kedatangan pelancong dari luar termasuk China ini,” katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau mengulas jangkaan pelancong China melancong ke Malaysia susulan pembukaan semula sempadannya pada 8 Januari ini.

Pintu sempadan China masih belum dibuka, Malaysia belum terima pelancong China

Ditanya mengenai kebimbangan ramai berlakunya gelombang baharu jangkitan COVID-19 selepas China mengumumkan negaranya akan menamatkan syarat menjalani kuarantin, Mohd Akil berkata, pihaknya akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan wabak tersebut.

“Sudah pasti MATTA memandang berat isu ini tetapi apa pun kita patuh segala arahan KKM.

“Kalau syarat memerlukan pelancong menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR), kita akan patuhi,” katanya.

BACA:

Tiz Zaqyah muat naik video bilik hotel, sekali netizen perasan ada kelibat lelaki

Kucing ini masuk bilik seolah-olah mahu beritahu sesuatu, rupanya ajalnya tiba