Petik kata-kata Tupac, netizen dakwa TMJ tuju kepada Syed Saddiq

Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, dikenali sebagai individu yang sentiasa bersikap terus terang dan jujur dalam menyuarakan pendapatnya,

sama ada dalam bidang sukan, ekonomi, atau politik.

Beliau tidak pernah bersembunyi atau menyembunyikan pandangannya.

Petik kata-kata Tupac, netizen dakwa TMJ tuju kepada Syed Saddiq

Namun, dalam satu situasi yang agak ironik, apabila seorang ahli politik dinyatakan bersalah oleh Mahkamah Tinggi atas empat pertuduhan serius, TMJ telah berkongsi kata-kata inspirasi dari Tupac Shakur dalam media sosialnya.

Dalam hantaran terbaharunya di platform media sosial, TMJ menulis, “Love this quote by Tupac Shakur.


‘Life is a wheel of fortune and it’s my time to spin it,’ atau dalam bahasa Melayu, ‘Hidup adalah sebuah roda takdir dan kini masa saya untuk memutarnya.'”

Kehadiran hantaran ini di media sosial oleh TMJ pada masa yang sama dengan isu di mana seorang ahli politik disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen.

Pertanyaan yang muncul termasuk kepada siapa kata-kata tersebut ditujukan dan adakah ia berkaitan dengan kes mahkamah yang sedang berlangsung.

Isu ini diperkukuhkan oleh episod sebelum ini yang menunjukkan hubungan TMJ dengan ahli politik tersebut tidak selalu harmoni, di mana TMJ sebelum ini pernah menyebutnya sebagai ‘drama queen’ dan ‘fake’.

Walau bagaimanapun, netizen boleh berspekulasi, namun hanya TMJ sahaja yang tahu jawapan sebenar kepada persoalan ini.

BACA: Kerajaan bercadang pasang lampu laser warna-warni kat ‘highway’ macam kelab malam, ini sebabnya